Siapa tak kenal Bob Marley? Siapa tak kenal Usin Bolt? Siapa tak pernah dengar nama Jamaica? Tentu hampir semua orang pernah dengar dan tahu pasal lagenda muzik Bob Marley dan juga pelari pelari terpantas di dunia. Terdapat dua International Airport di sini iatu Sangster International Airport Montigo dan Norman Manley International Airport. Kebanyakan kapal terbang akan singgah di Montigo Bay sebelum ke Kingston begitu juga sebaliknya. Begitu juga lah aku, dari Cayman Island aku transit sebentar di Montigo Bay sebelum ke destinasi terakhir iaitu Kingston, Ibu Negara Jamaica.
Norman Manley International Airport , Kingston
Sangster International Airport, Montigo bay
Pejam celik pejam celik sedar tak sedar dah lima bulan aku melompat lompat dari satu pulau ke pulau yang lain. Kali ini aku di tempat kan di rumah Sham, Ssshhhh Sham ni otai lama di sini, respect!!. Terdapat 2 bilik di rumah Sham, bilik ke dua adalah bilik loteng, ini lah bilik aku untuk beradu buat sementara waktu sehingga lah aku mendapat rumah sendiri.
Cantik rumah Sham, kawasan nya yang bersih dan nyaman. Maaf aku terlupa nama kawasan rumah ni, nanti aku ingat aku updatekan. Jiran Sham pula adalah sahabat yang datang membantu aku dan Mat Kun di Dominica iaitu Millie, Millie ni terer dan rajin memasak, selalu lah juga aku makan di rumah dia.
Aku pun tak pasti sebenarnya berapa lama aku di Jamaica, terbang lagi ke pulau pulau di Caribbean atau pun terbang pulang, di office En. Boss memberi arahan yang aku akan tinggal dan bekerja di Jamaica, aku akan ke Pulau Caribbean yang lain jika terdapat assingment baru.
Di sini terdapat beberapa rakan lain dari Malaysia Ee, Vj, Sham, Millie, Riduan, Linda, Yanni, Kamarul dan Zam, ramai kan? best kan? Sampaikan yang tak pandai masak macam aku ni memang tak sempat nak memasak sebab hari makan di rumah sahabat ni, esok makan di rumah sahabat tu pula, begitulah seterusnya. Terima kasih sahabat sahabat semua, halalkan makan minum aku selama di saya ya.
Kenderaan aku di Jamaica
Cruise Ship di Ocho Rios
Permandangan biasa di kepulauan Caribbean, terdapat banyak cruise ship yang akan singgah ke pulau pulau di Caribbean. Ketika ini jugak lah orang tempatan yang berniaga akan membuat keuntungan terutamanya barangan souvenir.
Hard Rock Cafe, Ocho Rios
Kenapa Ocho Rios? Dalam bahasa Spanish Ocho bermaksud lapan dan Rois bermaksud sungai.
Dunn River, Ocho Rios
sumber drpd
Di Dunn River ni kita boleh mendaki dari bawah sehinggalah ke atas, anda di kehendaki membeli kasut untuk sukan air dan orang local akan giude anda laluan mendaki. Air yang jernih ini akan terus mengalir ke dalam laut. Tempat nya juga sangat terjaga dan sangat bersih jika.
Kita pun perlu membuat program kesedaran kepada pecinta sungai, laut dan hutan supaya penduduk berhampiran sungai dan laut supaya tidak membuang sampah kedalam dan di tepi-tepi sungai dan laut. Kerajaan berusaha memajukan negara termasuk dengan membuat tempat pelupusan sampah tapi sayang masih ramai yang membuang sampah ke dalam sungai dan laut. Bagi yang suka meneroka hutan dan sungai, anda bawa makanan dan bawa lah pulang sampahnya sekali, tiada Majlis Perbandaran di dalam hutan. Terima kasih kepada saya ucapkan kepada yang membawa balik sampah dari hutan. Sebenarnya Negara sangat indah dan cantik, tetapi kesedaran tentang kebersihan masih kurang di kalangan kita. Maaf dengan kata kata saya.
best la tpt ni boss..
BalasPadambest mana pun tempat lain, tak boleh lawan madinah dan mekkah la bohh.. hehehehe...
BalasPadamrindu siut adussss bila bole pegi lagiiii
BalasPadamentah la kita dapat pergi lagi ke tak...
BalasPadam