Setelah sesesai urusan dan jalan-jalan di St. Vincent kami pun berangkat pulang ke Ibu Pejabat yang berpangkalan di Jamaica, cuma ada satu kejadian yang membuat aku marah iaitu ketita transit di Barbados, pihak Immigration telah menahan kami di dalam sebuah bilik bersama-sama persalah yang tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan di Barbados. Kami telah di iring dari bilik tersebut ke pintu kapal terbang 5 minit sebelum kapal terbang berlepas. Kalaulah aku terlepas kapal terbang tu pasti aku akan pot pet pot pet pot pet hehehehehe. Terbang lagi kami dari Barbados dengan sakit hati ke Jamaica.
Alhamdulillah sampai kami ke Jamaica dan semua urusan immigration pun berjalan lancar. Seperti biasa kami di jemput oleh pemandu syarikat dan terus kami di hantar ke Hotel yeng berhampiran dengan pejabat. Setelah selesai urusan menghantar laporan, penyerahan dokumen projek, menbuat dan menghantar claim maka tugas kami telah pun selesai. Mat Kun juga telah membuat keputusan untuk pulang ke tanah air yang tercinta, sementara aku pula di beri tugasan baru iaitu ke Haiti. Maka dengan rasminya Mat Kun pun pulang lah ke tanah air dan meninggal kan aku di Jamaica isk isk sob sob sedih jugak aku di buatnya.
Di Jamaica kerinduan pada Malaysia dan masakan Malaysia tidak menjadi masalah kerana terdapat beberapa orang lagi Malaysian di sini, ada saja sahabat sahabat memasak untuk makan beramai ramai antaranya Ee, Millie, Miss Lin, Awan dan Tok Susun. Terima kasih sahabat sahabat semua masakan anda semua ada lah yang terbaekkkkk.
Tiba masanya aku pun terbang lah ke Haiti, tetapi untuk aku sampai ke Haiti aku perlu transit dan bermalam di Cuba, transit di Panama dan selepas itu baru lah ke Haiti.
Transit yang pertama dan bermalam di Cuba, wah aku di Cuba dan tak pernah terlintas yang aku akan sampai di Negara Fidel Castro yang selama ini aku hanya mendengar melalui warta berita ataupun dari internet sahaja. Tiba di Jose Marti International Airport aku melalui Immigration dengan tiada sebarang masalah, kemudia aku di tahan beberapa kali di dalam air port sebelum aku berjaya keluar dapat keluar dari Airport, aku di tanya pelbagai soalan oleh pegawai ber uniform dengan cara yang baik.
Dari Airport aku menaiki teksi antik ke Havana dan terus ke Hotel di bandar Lama. Aku terpegun dengan pembangunan dan sistem jalan raya yang aku dalam fikiran aku adalah negara mundur, tetapi anggapan aku salah sama sekali. Hotel tempat tinggal aku juga adalah hotel antik wahhhh ini semua yang aku tengok dalam filem James Bond Die Another Day lakonan Pierce Brosnan. Seperti yang aku cerita sebelum ini, gambar gambar tahun 2006 banyak yang telah hilang bersama hard disk aku yang telah rosak.

Hotel tempat aku menginap malam ini
sumber gambar daripada https://plus.google.com/109641151011850958183/about?hl=en
Permandagan Bandar
sumber gambar daripada https://plus.google.com/109641151011850958183/about?hl=en
Bangunan Capitolio di Havana, bangunan in ada kembarnya di USA.
sumber gambar daripada http://travel-notes.mundomas.com/index.php/Paseo_El_Prado
Aku di Cafe Wantanamera.
Di sini terdapat 2 currency iaitu local dan foreigner, nilai wang foreigner lebih besar dan kalau kita akan di beri keutamaan jika menggunakan wang tersebut dan ketika ini nilai wang nya lebih mahal dari USD.
Di Cuba terdapat Kedutaan Malaysia, jadi perkara pertama yang aku buat disini adalah melaporkan diri kepada kedutaan yang aku berada di Cuba. Pihak kedutaan telah datang pada malamnya dan membawa aku untuk makan malam. Kami makan di Chinese Restaurant dan apa yang menarik disini ahli muziknya, skill mereka bermain gitar sangat tinggi dan bila semua kedai hampir tutup mereka bermain gitar beramai-ramai dan aku sangat terpegun mendengar mereka bermain muzik walaupun aku tidak paham bahasa spanish.
Terima Kasih kepada kakitangan Kedutaan Malaysia kerana membawa aku makan malam. Masa untuk tidur kerana esok aku akan terbang pula ke Panama dan seterusnya ke Haiti.
Selamat malam semua ZZZzzzZZZzzzZZZzzz
0 comments:
Catat Ulasan