:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Sabtu, 1 Februari 2014


Kali ini aku nak membawa pembaca semua jalan-jalan dan mengiikut aku ke site untuk bekerja. Yang best sangat di sini, Boss aku ada lah Mat Kun, dan Boss Mat Kun ada lah aku hehehehe maksudnya tak ada boss, tetapi kami di wajib kan menghantar report setiap hari. Selama 4 bulan di sana boleh dikatakan kami macam kerja sendiri, banyak mengeluarkan duit poket sendiri dulu.

Soufriere bay, tempat ni di depan gereja. Kami lepak waktu malam saja sebab air laut tu kurang sikit panas nya hehehehe. Bila kita baring di situ air panas keluar dari tanah dan air sejuk dari laut bawa air panas itu keluar, begitulah proses nya dan ada orang local bercerita ada orang yang lumpuh telah sembuh cuma dgn rawatan ini, Wallahualam.

Permandangan dari Scott Head, sebelah kiri Caribbean sea dan sebelah kanan pula Atlantic. Di sini juga lah aku dan Mat Kun terperangkap dalam kereta ketika Tropical Storm yang kelajuan angin nya mencecah 90 miles per hours. Permualaannya aku dan Mat Kun di dalam kereta dan kereta bergoyang goyang ke kiri dan kana, pucat juga aku di buatnya., kami terpaksa keluar dari kereta dan berlari mencari perlindungan ke dalam equiptment room. Didalam equiptment room pula baru aku perasan terdapat satu unit radio untuk monitor pergerakan gunung berapi. Bayang kan aku dan Mat Kun boleh bermain-main nak menjatuh kan diri ke depan tapi tak jatuh di sebabkan angin yang kuat.

Aku diatas bumbung Pejabat Perdana Menteri
Ini site yang paling susah kerana kami di wajibkan meletak deposit sebelum kerja kerja di lakukan, Kren yang tuan tuan lihat di belakang tu adalah kren yang paling tinggi di Dominica itupun setelah di lapik, ngam ngam lepas saja cabinet 2206 tu dan selebihnya kena kerja macam buat piramid, apa lagi tolak la.  

Maaf, kat Malaysia pun aku tidak mendapat peluang ke Pejabat Menteri Besar apatah lagi ke pejabat Perdana Menteri

Hari lepak lepak di bandar

Budak budak aku dah mabuk, yang kanan sekali sekarang ni dah jadi Rastaman

Team dari Venezuela Roberto Ohep 

Siapa pernah tengak film Pirates Of The Caribbean? hehehehe... Kalau nak tahu di Dominica ni lah salah satu tempat pengambaran film tersebut dan ada sumber mengatakan rumah yang kami diami tu adalah tempat crew film tersebut tinggal semasa pengambaran film tersebut. Sayang nya di Dominica tiada panggung wayang, jadi penduduk Dominica tidak dapat menonton cerita tersebut. Kami pun dapat menonton film tersebut setelah pulang ke Malaysia.

Operasi mencari lokasi pengambaran film Pirates Of The Caribbean

Operasi mencari lokasi pengambaran film Pirates Of The Caribbean

Gambar di bawah adalah permandangan dari atas Scott Head dan tempat ni juga ranking yang ke 38 dari 50 World's 50 best dive sites. Rugi tak aku? mesti la rugi sebab empat bulan aku di sini. 

Akhir sekali, disini lah segalanya bermulanya aku nak jadi diver. Aku dan Ujang snorkeling disini dan nampak diver di dalam air sambil melambai ke arah kami, macam best je macam syok je macam comel je hehehe. kebetulan Ujang telah mendapat lesen Open Water dan beliau adalah bekas pemain Polo Air, bertambah kuat la racun untuk menjadi diver. Zamri mesti ingat dia kelam kabut berenang balik apabila beliau sedar yang dia telah berada di tempat yang dalam hehehehe. 


Dominica ini juga terkenal dengan 365 sungai. Satu hari satu sungai, malang nya kami berada di sana cuma 4 bulan, tak sempat lah nak menghabiskan 365 sungai. Sungai nya memang bersih, jernih dan air jernih itu terus ke laut. Walaupun kami berada di sana selama 4 bulan tetapi tak semua tempat yang dapat kami pergi, ada lagi tempat tempat menarik yang kami tidak dapat pergi. Orang Local memang ramah dan terbaekk, kebersihan memang A+ aku pernah nampak budak perempuan kena marah dgn timer pasal buang cawan kertas. Sila rujuk ke link ini untuk mengetahui apa yang perlu di buat jida berada di Dominica 

Pejam celik pejam celik kadang kadang tak sempat nak pejam pun celik je sebab kerja dah 4 bulan di Dominica, World Cup pun dah habis, site semua dah handover, tiket dah dapat dan barang pun dah kemas jadi tiba lah masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Yang paling buat kami terharu ketika di Airport, setiap orang local menghargai apa yang kami buat disana dan mengucapkan terima kasih, terharu, sangat terharu. Kami pun menunggu kapal terbang untuk meneruskan perjuangan di St Vincent and Grenadines pula. Selamat Tinggal Dominica.

Kalau aku kaya Kalau aku kaya hehehe memang aku bercita cita nak datang lagi untuk explore lagi kali ini di daratan dan lautan pula, Inn syaa Allah.

Sayang sekali external hard disk yang aku simpan gambar tahun 2006 telah rosak, kalau tidak boleh lah aku kongsikan lagi banyak gambar kenangan di sana. Terima kasih sahabat sahabat semua yang bersama aku di sana iaitu Zamri, Sham, Millie, Yasmir Ujang & Zarizi.

Artikel berkaitan jelajah Dominica 2006 - Dominica Part 1 , Dominica Part 2 & Dominica Part 3

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us