:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Rabu, 19 Februari 2014

  • Oleh:  Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

MENTERI  Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar semasa menyertai aktiviti menyelam di kawasan Pelong Rock, Pantai Serasa.
MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar semasa menyertai aktiviti menyelam di kawasan Pelong Rock, Pantai Serasa. (Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

SERASA, Sabtu, 15 Februari. -  Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menyeru orang ramai agar sama-sama memelihara kehidupan laut di negara ini.

Menurut Yang Berhormat, takat-takat (koral) itu adalah mustahak dan perlu dipelihara bagi menjana ikan-ikan dan kehidupan laut di negara ini.

Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama menjelaskan perkara ini semasa menyertai aktiviti menyelam sebagai salah satu kegiatan Program Pembiakan Koral (Coral Propagation Programme - CPP) yang diadakan di kawasan Pelong Rock, Pantai Serasa.

Program ini, jelas Yang Berhormat adalah sebagai salah satu usaha dalam mengayakan lagi kehidupan laut di negara ini dan mampu menarik pelancong asing untuk menikmati kepelbagaian koral di negara ini pada masa akan datang.

Turut serta pada program tersebut ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Perikanan dan Pusat Inovasi dan Penyelidikan Kepelbagaian Biodiversiti (Biodiversity Research and Innovation Centre) KPSSU, penuntut-penuntut dari Sekolah Vokasional Wasan, Universiti Brunei Darussalam serta para penyelam Poni Divers.

AMIRUL02 150214 CORAL
MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar bergambar ramai bersama para peserta program aktiviti menyelam di kawasan Pelong Rock, Pantai Serasa. (Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

Bengkel pengenalan selama sehari mengenai CPP yang diadakan di Kompleks Sukan Air Serasa itu dianjurkan oleh Jabatan Perikanan, KPSSU dengan kerjasama Poni Divers serta sokongan pakar daripada Malaysia.

Antara objektif bengkel ialah bagi mewujudkan kesedaran mengenai mustahaknya kepelbagaian koral dan hidupan laut, selain meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai trend pengurusan koral terutamanya kawasan-kawasan perlindungan marin melalui pengalaman di luar negeri.

Di samping itu, bengkel juga bertujuan mengukuhkan rangkaian antara saintis tempatan dan luar negara serta mendidik para peserta mengenai langkah-langkah yang sesuai dalam pembiakan koral.

Seorang pakar dari Malaysia, Encik Anuar Abdullah dari Ocean Quest Malaysia Sendirian Berhad dijemput mengendalikan bengkel tersebut.

Jabatan Perikanan dengan kerjasama Poni Divers sedang merancang untuk mengadakan bengkel tiga hari pada masa akan datang bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan dan melaksanakan program bagi aktiviti-aktiviti pembiakan koral, di samping mewujudkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak sekolah dan orang ramai.

Program pembiakan koral ini melibatkan pembiakan serpihan karang ‘staghorn’ ke dalam batu-batu hidup semula jadi.

Pada masa yang sama, aktiviti tersebut dijangka akan dilihat sebagai satu program peningkatan masyarakat dan sebagai langkah ke hadapan untuk menerapkan kesedaran dalam pemuliharaan terumbu karang.

Sumber

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us