:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Isnin, 24 Februari 2014


Kali ini saya akan menjawab dan menerangkan tentang Open Water Diver Course, boleh dikatakan ini adalah soalan yang paling banyak saya terima. Bermacam-macam ayat pertanyaan saya terima dan di bawah adalah antara soalan yang pernah saya terima

*** Maaf, tidak semua akan saya tulis dalam Bahasa Melayu kerana saya tetap akan menggunakan Bahasa Inggeris untuk perkara yang saya fikir lebih senang jika di kekal kan.
Boleh saya tahu bagaimana nak ambil Entry Level Diving?  
Macamana nak ambil Lesen Diving ni? 

Open Water Crew Pack

Open Water Diver ( OWD ) Course ini terbahagi kepada TIGA BAHAGIAN yang mana Anda di wajibkan melalui ketiga-tiga bahagian

Bahagian Pertama ::: Theory

Video & Open Water Manual ::: Anda akan mulakan kelas Open Water Diver dengan menonton Video untuk Lima Chapter. Lima Chapter di dalam Video ini adalah sama dengan Lima Chapter di dalam Open Water Manual.

Knowledge Review ::: Anda di wajib kan membuat Knowledge Review untuk Lima chapter selepas selesai menonton Video atau setelah anda selesai membaca buku untuk chapter tersebut.

Quiz ::: Anda juga akan di wajib kan untuk menjawab Quiz untuk Empat Chapter yang mana setiap Quiz terdapat Sepuluh soalan.

Final Exam ::: Setelah selesai Video dan Open Water Manual untuk Chapter ke Lima, anda di wajib kan menjawab soalan Final Exam yang mana terdapat Lima Puluh Soalan.

Bahagian Kedua ::: Confined Water  

Sekarang kita masuk ke bahagian yang kedua iaitu Confined Water. Terdapat 5 Confined Water yang perlu anda lalui.

Anda akan mula mempraktikan apa yang anda lihat di dalam video, Instructor anda membuat demo untuk semua skill yang akan ada pelajari dengan perlahan dan selepas itu barulah giliran anda untuk melakukan nya, jangan takut kerana Instructor anda akan sentiasa hampir dengan anda dan akan sentiasa membantu anda sehingga lah anda mahir dengan skill tersebut.

Setelah anda telah mahir dengan skill-skill yang dipelajari baru lah Anda akan ke bahagian seterusnya iaitu Open Water.

*** Sila rujuk gambar di bawah untuk contoh sessi Confined Water 

Instructor menunjukan bagaimana untuk memasang Regulator 

Kelihatan Para Peserta Tekun Mendengar Penerangan dari Instructor dan Pelajar sedang memasang BCD

Instructor memberi taklimat sebelum memulakan aktiviti di dalam air

Bahagian Ketiga ::: Open Water 

Untuk seseorang itu bergelar Open Water Diver, Anda perlu melakukan Empat Open Water Dive kebiasaanya dilakukan di Pulau-Pulau sambil menikmati keindahan pantai dan lautan nya.

Sekiranya anda berjaya melakukan skill dengan baik dan melakukan Empat Open Water Dive, Anda telah LULUS dan bergelar PADI Open Water Diver.

Sekiranya anda cuma mampu melakukan Dua Open Water Dive, Anda tidak GAGAL tetapi anda cuma bergelar PADI Scuba Diver. 
PENTING!!! Anda boleh menghabiskan Open Water Diver Course dengan syarat anda perlu melakukan lagi Dua Open Water Diver dan melengkapkan semua skill yang belum di lakukan.  

*** Sila rujuk gambar di bawah untuk contoh sessi Open Water Dive 

Pelajar sedang melalukan Neutral Buoyancy Hovering  

Pelajar sedang melakukan Neutral Buoyancy Fin Pivot dan Neutral Buoyancy Swim

Pelajar sedang melakukan Safety Stop di 5 meter selama 3 minit 

SEBARANG PERTANYAAN DAN JIKA ANDA BERMINAT ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA ATAU MENINGGALKAN KOMEN ANDA DIBAWAH.

Terima Kasih
Qatam ::: gambar Confined Water 
 Macha Pixel ::: gambar Open Water

7 ulasan:

  1. Salam...
    Jika saya berminat untuk belajar diving..bagaimana caranya dan berapa costnya. Perlukah saya tahu asas berenang kerana saya tak pandai bereanng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf lambat balas dan mungkin anda telah berjaya menjadi seorang diver :)
      untuk membuat lesen scuba diving ni sama seperti yang di ceritakan di atas.
      Sebaiknya boleh berenang baru lah kita confident dan agak selesa dengan air. tak perlu berenang seperti perenang negara, asalkan boleh berenang.
      kita akan buat swimming test 200m atau snorkeling test 300m (pakai mask, fins & snorkle)
      terima kasih

      Padam
    2. maaf lambat balas dan mungkin anda telah berjaya menjadi seorang diver :)
      untuk membuat lesen scuba diving ni sama seperti yang di ceritakan di atas.
      Sebaiknya boleh berenang baru lah kita confident dan agak selesa dengan air. tak perlu berenang seperti perenang negara, asalkan boleh berenang.
      kita akan buat swimming test 200m atau snorkeling test 300m (pakai mask, fins & snorkle)
      terima kasih

      Padam
  2. Tak pham bahasa inggeris,adakah ini mhalang utk ambil diving.soalan exam semua dlm inggeris...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh pilih bahasa melayu sewaktu menjawap soalan

      Padam
  3. Tak pham bahasa inggeris,adakah ini mhalang utk ambil diving.soalan exam semua dlm inggeris...

    BalasPadam

A call-to-action text Contact us