:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Selasa, 25 Februari 2014

Setiap orang melakukan sesuatu kadang-kadang adalah di dorong oleh sesuatu, begitu juga kali ini aku akan menceritakan puncanya aku mengambil Open Water Diver.

Setelah balik dari merantau akhirnya aku akan menamatkan Zaman Bujang Trang TAng TAng TAng. Sebelum berkahwin bakal ibu mertua ada berkata antara perkara yang saya perlu lakukan selepas kahwin adalah menjadi diver, sebab sebabnya adalah bakal isteri dan bakal kakak ipar aku adalah diver dan di tambah lagi satu peristiwa dimana aku dan bakal isteri dalam perjalan menghantar bakal kakak ipar ke Airport untuk dive trip dan sebelum itu kami singgah di rumah instructor nya yang bernama KAZ. Di dalam kereta saya pun terfikir macam pernah ku dengar saja nama KAZ ini, tapi siapa ya? Sebaik sampai di hadapan rumah KAZ dan dia membuka pintu kereta aku dan dia serentak berkata EH KAU!!! EH KAU!!! hahahahaha rupa-rupanya KAZ tu kawan lama aku dan kali terakhir berjumpa 8 tahun yang lepas di Pulau Tioman. Jadi bertambah kuatlah semangat aku hendak membuat Open Water Diver.

Selepas majlis perkahwinan maka aku pun memulakan lah kelas Open Water Diver dengan menonton Video, membuat Knowledge Review, Quiz dan Final Exam, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Selepas itu bermulah lah bahagian Confined Water di Kolam Mj. Kee, sekarang ini tempat itu sudah di tutup. Disitulah tempatnya saya melakukan Confined Water 1 sehinggalah Confined Water 5. Setelah semuanya selesai dan tiba masanya untuk membuat plan trip ke Pulau untuk menghabiskan Open Water Dive.

Rombongan Che Kiah ke Pulau Redang

Setelah berbincang dan bersetuju maka aku akan melalukan Open Water Dive di Pulau Redang, wahhh ini pertama kali saya akan menjejakkan kaki di Pulau tersebut. Tiba masa yang di setujui kami beramai-ramai berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Jeti Shahbandar Kuala Terengganu. Seingat aku trip tersebut 1 Instructor, 3 Leisure Diver, 2 Student dan adik beradik seorang student itu.

Feri ke Pulau Redang 

Kami pun menaiki Feri dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang, wahhh excited pula aku dan tak sabar untuk tiba di sana. Menaiki Feri Awam maka feri tersebut akan menghantar penumpang ke satu tempat dan kami di transfer ke barge sebelum di hantar ke resort-resort. Kami pun di hantar ke Mozana dan di sambut oleh Crew Gipsy dengan Black Pearl, Alhamdulillah selamat sampai.

Tinggal Kenangan ::: Ruang Makan Mozana

Di Mozana kami menggunakan kemudahan diving dari GIPSY DIVERS, disinilah aku mula mendapat kawan baru seperti Macha, Lan kain batik, Kamal , Stopa dan Mamat. Saya juga amat menyukai tempat ini kerana tempat nya sederhana, rilek, dan aman.

Tinggal kenangan ::: Gipsy Divers

Bermulah lah episod aku untuk melakukan Open Water Dive bersama Instructor  KAZ dan akhir sekali aku melakukan ujian berenang bersama lagi 2 student dan di pantau oleh Insturctor Macha.  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami LULUS!!!!!!

Tinggal Kenangan ::: Gipsy Divers

Anak Penyu yang menunggu masa untuk di lepaskan,
semoga satu hari nanti dia pulang ke tapak Gipsy untuk bertelur.

Open Water Dive aku bermula di Redang dan sehingga kini aku masih ke Redang dan aku amat menyukai diving di Redang dan sehingga sekarang masih diving bersama-sama  bekas geng Gipsy.

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us