:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Jumaat, 21 Februari 2014

Hari ini saya nak menjawab satu soalan daripada pelajar Open Water Diver Course yang telah menamatkan kursusnya dan telah jatuh cinta dengan Scuba Diving dan dasar laut. Apa yang akan saya ceritakan disini adalah untuk sistem di agensi Professional Association Diving Instructor ( PADI ).


"Saya telah jatuh cinta dengan Scuba Diving dan bercadang untuk menyambung nya sehingga lah saya menjadi Instructor. Mohon pihak tuan menerangkan apa yang perlu saya lakukan."
Saya akan menerangkan kepada Anda semua apa yang Anda perlu lakukan jika Anda juga berminat menjadi Open Water Scuba Instructor.

Kepada yang baru hendak bermula dengan Hobi dan menjadi Kerjaya ini anda harus bermula dengan Open Water Diver Course dan kemudian barulah ke peringkat yang seterusnya. Dibawah adalah senarai kursus yang anda perlu lalui sehingga lah Anda lulus Instructor Examination ( IE ) barulah Anda menjadi Open Water Scuba Instructor  ( OWSI ).
  1. Open Water Diver Course ( OWD )
  2. Advance Open Water Diver ( AOWD )
  3. Rescue Diver + Emergency First Response ( RD ) + ( EFR ) 
  4. Dive Master ( DM )
  5. Instructor Development Course ( IDC ) 
  6. Instructor Examination ( IE ) by PADI 
***Sila rujuk gambar di bawah 


Jika anda telah lulus Instructor Examination, TAHNIAH!!!


Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah, kelebihan jika anda menyertai program yang di nama kan GoPRO. Tujuan program ini adalah untuk kita melatih seseorang itu dari peringkat awal, Anda boleh bermula dari Open Water Diver Course ( OWD ) atau pun dari Level terkini anda contohnya Rescue Diver ( RD ).

Untuk anda memulakan program Dive Master ( DM ), syaratnya anda hendaklah mempunyai 40 dive log dan untuk anda disahkan sebagai Dive Master ( DM )  anda memerlukan sekurang-kurangnya 60 dive log.

Begitu juga dengan program Instructor Development Course ( IDC ), syaratnya anda hendaklah menpunyai 60 dive log dan untuk anda menduduki Instructor Examination anda memerlukan 100 dive log.

Jika Anda memilih Seamonkey Dive Center, Anda akan di berikan  latihan dari peringkat awal lagi dimana Anda boleh menjalani latihan praktikal di PJ Palm kerana kami telah menganggap anda adalah sebahagian dari CREW kami, datanglah ke Seamonkey dan kami akan terangkan lebih lanjut.

Di Seamonkey Dive Center  juga Anda di beri 100 dive di lokasi Seamonkey Dive Center untuk melengkapkan syarat menduduki Instructor Examination ( IE ), Untung tak? Bayangkan anda hendak mencukupi 100 dive log berapa banyak wang yang anda perlu keluarkan? Itu tidak termasuk lagi dengan bayaran untuk setiap kursus yang perlu di lalui.  

Paling penting yang hendak sampaikan adalah bukan nya anda perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk menyertai program GoPRO ini, Anda boleh berbincang dengan Seamonkey Dive Center tentang pembayaran samada mengikut kursus ataupun membuat ansuran bulanan.

Jadi jika ANDA berminat, datang lah ke Seamonkey Dive Center untuk kami menerangkan lebih lanjut lagi tentang program 
GoPRO.

CheWan #321459

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us