:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Ahad, 16 Februari 2014

Posted on November 19, 2013, Tuesday

KUCHING: Kerajaan negeri melihat pelbagai kemungkinan bagi melindungi tiga bangkai pesawat Jepun yang terhempas ketika Perang Dunia Kedua di bahagian Semenanjung Santubong.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata tindakan itu adalah ekoran penemuan artifak bangkai pesawat oleh beberapa penyelam dan nelayan laut dalam yang dimaklumkan kepada pihaknya sebelum ini.

“Memang ada ekspedisi yang telah dilakukan oleh penyelam yang diselia oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan ia memang benar bahawa terdapat serpihan kapal itu yang telah diambil orang.
“Saya juga mendapat laporan tentang serpihan berkenaan yang ada antara artifak ini telah rosak kerana terdapat aktiviti penggalian dasar,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.
Tambah beliau, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Laut Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan beberapa agensi lain yang berkaitan bagi mengkaji dan  memberi cadangan terbaik kepada pihaknya bagi tindakan susulan.

Menurut beliau lagi, bangkai pesawat itu merupakan bahan kognitif dan pihaknya sedang juga mencari jalan terbaik agar para nelayan tidak menggunakan pukat laut dalam untuk menangkap ikan di perairan tersebut.

“Kita mahu mencari jalan untuk tidak membenarkan nelayan ke kawasan itu kerana ia adalah rangka kapal pesawat yang masih bagus,” jelasnya.
Sementara itu, beliau turut berkata mana-mana pihak yang menyimpan artifak itu secara sengaja atau tidak sengaja mungkin akan dikenakan tindakan sekiranya mempunyai bukti.

“Kalau ada bukti mereka menyimpan serpihan itu mungkin kita akan meminta mereka mengembalikannya tetapi setakat ini belum ada lagi.
“Kawasan itu adalah tapak Hutan Simpanan Bencah kita dan kita akan jaga tunggu sehingga kita ada bukti dahulu,” tegasnya.

Borneo Post Online

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us