:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Khamis, 6 Februari 2014


Terbang lagi aku ke Cayman Island bersama Cayman Airways. Pulau yang selama ini aku dengar sangat terkenal dengan kekayaan nya, urusan bank nya dan juga keindahan nya.

Bersama Cayman Airlines dari Cuba ke Cayman Island. Seperti biasa di dalam kapal terbang sama ada aku melayan tidur atau pun aku layan muzik. Perjalanan ini singkat sahaja dan terasa sungguh cepat dan terdengar suara Kapten mengarahkan supaya bersedia untuk mendarat. Kalau kita lihat di peta kedudukan Cayman Island hanya bersebelahan dengan Cuba. Aku pun bersedialah untuk mendarat, naik kan kerusi, tutup tempat makan, pakai tali pinggang dan buka penutup cahaya di tingkap. Apa yang memeranjatkan aku adalah 
AKU TAK NAMPAK DARAT, KEBIRUAN LAUTAN SAHAJA, MANA DARAT? LANDING ATAS AIR KAH? 

Rupa-rupanya airport nya berhampiran dengan pantai, sebab itu lah aku tak boleh nampak daratan dan sedar-sedar saja tayar dah mencecah jalan. Untuk orang pertama kali macam aku mesti la teruja kan? hehehehe.
Sumber drpd http://www.worldpropertychannel.com/news-assets/Plane-landing-in-Caribbean-nki.jpg

Gambar sebelum mendarat dari ruang Cockpit 
Sumber daripada http://www.airliners.net/aviation-photos/small/3/6/9/0331963.jpg

Owen Roberts International Airport 

Kelihatan ruang melihat dan menunggu keluarga dan orang tersayang. Mereka akan bersorak dan memanggil manggil keluarga atau kenalan mereka. Seronok aku melihat sesuatu yang tak pernah aku lihat.

Peta Grand Cayman Island

Sayang juga aku tidak lama di sini, aku cuma dapat berjalan-jalan di sekitar Airport. Kalaulah ketika itu aku telah menjadi diver, pasti aku akan cuba meluangkan masa sehari dua di sini hanya untuk Scuba Diving. 

Rugi tak aku? di sini ada Sting Ray City, diving pun boleh, snorkeling pun boleh, berdiri saja pun boleh, apamacam menarik tak?
Sumber drpd http://www.cayman6packdivers.com/cayman_islands.html

Kalau di murahkan rezeki dan di panjangkan umur Inn Sya Allah aku nak repeat ke Cayman Island ni, kita jelajah dan kita bongkar daratan dan lautan nya hehehehe. Ok Ok dah depa dah panggil, kita jumpa di Jamaica.


2 ulasan:

A call-to-action text Contact us