Selepas menyambut hari kemenangan kembali lah aku kepada fitrah manusia, kembali makan dan minum di siang hari. Aku pun meneruskan kehidupan di sini seperti biasa. Di sini kurang aktiviti jadi tak menjadi masalah pun kalau kena bekerja dari pagi sampai ke pagi.
Disini biasanya aku bersarapan di Burger King atau Juicy Parties tetapi aku lebih suka makan di Tastee ataupun Juici Patties kerana ia makanan orang Jamaica, ia juga boleh di makan dengan coco bread di luarnya, rotinya lembut dan sedap, aku suka!
Ackee Salt fish ini memang menjadi pujaan hati ku!
Pertama kali aku merasa ackee salt fish ketika aku dan Kamarul outstation ke Montigo Bay, sarapan pagi yang disediakan oleh hotel adalah ackee salt fish, mulanya aku fikirkan telur goreng hancur rupanya tidak, ia adalah dari sejenis buah yang hanya terdapat di Jamaica. Sekali dah rasa selepas tu asyik mencari saja lah ackee salt fish.
Antara gambar pemandangan dari atas bumbung di Jamaica.
Aku pun telah berpindah ke rumah baru, rumahnya kecil satu bilik. Rumah aku ni kurang sesuai untuk masak dan berkumpul ramai ramai kerana sangat kecil, maximum tiga orang saja, kalau lebih tak tau nak duduk mana dah.
Rumah nya kecil, cantik, bersih dan menarik, di sini penduduk nya sangat suka dengan barangan yang di buat dari besi, lihat saja meja dan kerusi makan di dalam gambar diatas. Minggu pertama aku tidur di bilik ini memang masalah bangun tidur sebab gelap tak ada cahaya masuk langsung, hari hari berikutnya aku akan buka tirai biru tu dulu sebelum tidur.
Di Stadium Kelab Bolasepak terkemuka di Jamaica, jangan pandang Stadium ini sebelah mata ya!, Jamaica pernah ke Piala Dunia dengan Stadium ini.
Sedar tak sedar dah lapan bulan aku di Kepulauan Caribbean, sampaikan bercakap dengan pemandu pun dah tersasul bercakap melayu hehehe. Ada sekali tu aku dan Zam mengejar sebuah MPV kerana aku ternampak lambang negeri Pulau Pinang, sampai macam tu sekali.
Sebelum balik ke tanah air, seperti biasa rakan-rakan yang telah lama di sini bawa aku makan lobster di Hellshire Beach. Lobster goreng, Steam fish Jamaica style, fish soup dan tak lengkap kalau tak oder Festival. Gambar-gambar tentang makanan di Jamaica akan saya masukan di episode yang lain kerana gambar makanan tahun 2006 tak ada dalam simpanan, jadi kita ke tahun tahun yang lain.
Jom kita selesaikan urusan nak pulang ke Malaysia, packing barang, tukar tarikh tiket, makan makanan kegemaran, shopping sikit alamak beg dah berat ni! dan urusan urusan yang sewaktu dengan nya.
Semua dah selesai, para sahabat menghantar aku ke Kingston Airport dan bermula lah perjalanan pulang ke Malaysia melalui London dan seterusnya KLIA. Kita jumpa di London!
0 comments:
Catat Ulasan