Kalau dulu aku setahun sekali pun tak merasa nak terbang, apa yang terjadi kepada aku sekarang ni sebaliknya pula, terbang terbang dan terbang, sampai tak larat dah nak terbang.
Kali ini aku terbang bersama COPA Air dari Cuba ke Panama dan dari Panama ke Haiti dan jangan marah kali ini aku terbang bersama business class, tetapi yang tak bestnya business class ni makanan dia dah tentu makanan yang aku tak boleh makan iaitu babi, sangat berguna kelas aku mengenal babi dalam masakan dengan Millie di Dominica. Di Panama aku cuma connecting flight dari Cuba ke Haiti, aku cuma berjalan-jalan di dalam Airport, kita memerlukan visa Panama untuk masuk ke negara mereka. Sebenarnya perjalanan ini dapat di pendekan sekiranya aku memiliki US Visa, dari Jamaica ke Miami dan Miami ke Haiti, bagus juga aku tak ada US Visa dapat aku singgah ke Cuba.
Peta negara Haiti yang berjiran dengan Dominican Republic
Haiti bahasa nya French dan Dominican Republic pula bahasa nya Spanish.
Port Au Prince International Airport
Tiba di Port Au Prince International Airport aku telah di beri arahan supaya tidak keluar dari Airport sehingga ada orang datang membawa tanda nama aku, aku pun menunggu di dalam airport dan tak keluar keluar sehingga lah office Jamaica call aku minta aku keluar bertemu dengan orang yang menunggu aku. Kenapa aku di beri arahan tidak keluar dari Airport? Sebab nya sangat penting dan merbahaya, aku boleh di culik sebaik saja aku keluar dari Airport atau barang aku akan hilang sebaik saja keluar dari Airport. Hemmmm mengerikan jugak, jadi aku kena mengikut arahan dan tidak melanggar arahan.
Sepanjang perjalan aku dari Airport ke Hotel aku agak takut juga, macamana tak takut, kereta yang aku adalah kereta bullet proof, dalam kereta aku ada seorang driver dan seorang bodyguard yang bersenjata. Di dalam kereta ada benda yang kurang menyenang kan aku, bau ketiak orang hahahaha, control handsome saja lah aku. Banyak juga kenderaan UN di sini, hemmm tertanya tanya juga di dalam hati, negara apa lah yang aku datang ni.
Lobby, Montana Hotel Haiti.
Montana Hotel, Haiti
Di Hotel aku di beri penerangan mengenai keselamatan, antaranya aku tidak dibenarkan membuka pintu kereta, hanya bodyguard saja yang boleh buka pintu kereta dan aku hanya di benar ke Hotel, Pejabat dan Pejabat Customer, jadi begitulah perjalanan hidup aku di Haiti Hotel Pejabat Hotel Pejabat. Disini kalau aku nak ke kedai atau pasaraya untuk membeli barang pun bodyguard tu akan bertanya adakan penting untuk ke situ? selalulah aku jawab penting sebab aku nak makan la, hampeh betul la depa ni hehehe.
Ada tiga bahasa menjadi perantaraan di sini, di pejabat Spanish disebabkan majoriti adalah dari America Latin, Penduduk tempatan menggunakan bahasa Haitian Creole dan French, manakala aku semestinya menggunakan English dan bahasa Melayu. Mahu tak mahu aku juga terpaksa berlajar bahasa Spanish dan French untuk memudahkan urusan di sini, tetapi kawan-kawan aku lagi cepat belajar bahasa Spanish, tak percaya tengok komen komen mereka di FB aku dalam bahasa spanish.
Pemandangan rumah-rumah penduduk tempatan, tiada lagi bukit yang kelihatan cuma rumah.
Kita selalu mendengar perkataan "Dunia Ini Kecil" kan? Hari pertama di pejabat aku bertemu dengan seorang lagi rakyat Malaysia bernama Saiful, Alhamdulillah dapat jugak aku bercakap melayu kat sini dan yang menarik nya Saiful ini orang Taman Perwira, hemmmm ini sudah kategori jiran aku jiran taman. Selama di Kuala Lumpur tak pernah kenal dan jauhnya nak kenal orang yang tinggal berhampiran dengan rumah aku. Selama aku di Haiti ada juga aku curi-curi keluar ke Hotel tempat tinggal Saiful, di sini juga aku berjumpa dengan Roberto Ohep team member aku di Dominica. Aku dan Saiful pun ada curi-curi keluar ke rumah Vijay, rakyat malaysia yang bekerja dengan Customer kami.
Saiful pun selalu jugak ke Hotel tempat aku tinggal sebab bilik aku besar ada dua katil dan ada dapur, dapat juga kami memasak makanan yg kami suka.
Tugas aku di sini sebulan sahaja dan boleh lebih jika aku mahu, tetapi aku memilih untuk pulang ke Jamaica. Tak banyak yang dapat aku ceritakan di sini sebab di sini aku cuma di Hotel, Pejabat, Pejabat Customer, Hotel tempat tinggal Saiful, rumah Vijay dan restoran dan pasaraya, itu saja. Saiful dan Vijay memang lama di Haiti dan mereka master la tentang Haiti ni.
Gempa Bumi tahun 2010, keadaan Hotel Montana tempat tinggal aku tahun 2006. Aku juga mendapat offer ke Haiti pada tahun 2010 untuk projek gempa bumi ini, tetapi aku tak sanggup.
Mohon sahabat sahabat komen, terutama nama tempat yang tak dapat aku ingat dah, dan kalau nak menyumbang gambar pun di alu-alukan sebab aku tiada gambar di Haiti.
Hotel aku. Namanya Villa Creole. Memang tak best lepak bilik aku sebab kecil. Bilik hotel standard saiz sri malaysia. Tiada dapur. Cuma ada balkoni saiz tapak kubur kat belakang, berpemandangan kan court tenis. Tapi kenapa aku beriya - iya mahu tinggal di sini? Sebab internet free dan tak pernah masalah.akhirnya aku dengan hormatnya dihalau dari hotel ni. Sebab...balkoni yang sepatutnya guna untuk santai,tapi aku guna untuk masak pakai dapur letrik. Bila sinki toilet sumbat, tuduhannya sebab makanan sangkut. Come on lah...akhirnya,merempatlah aku masak nasi ayam kat rumah che wan...yang paling aku ingat dia cakap...."hang tooolonglah jangan basuh pinggan - pinggan tu....nanti malam aku tak de kerja...aku tak tau nak buat apa".....wah....sampai macam tu sekali...bunyi macam tak best Haiti ni....tapi member aku tu, mulut ngan jari je taip tak best...hati kata...best la....masyukkkkk....ada extra elaun tuuuu.....
BalasPadamTerima kasih Sep... eh apa nama bangunan pejabat kita dan pejabat dgc? apa nama tempat rumah Vj? betul tu Sep bab elaun yang paling best, dah la duit keluar belanja hari hari sikit ja dapat elaun banyak pulak tu hehehehe....
Padam