:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Rabu, 12 Februari 2014

Ini adalah kali ketiga aku terbang masuk ke Jamica, seperti sudah menjadi kebiasaan kepada aku melalui Immigration Jamaica. Alhamdulillah semuanya selesai dan aku di jemput dan di hantar ke rumah Sham. Seperti biasa kesokan harinya lapur diri di office, bersarapan bersama sahabat sahabat semua di Burger King dan setelah berbincang dengan boss aku, ketika itu memerlukan lagi seorang untuk cover Jamaica, soo aku on saja lah. sedar tak sedar tiga bulan juga aku di Jamaica, antara yang kami lalui ketika ini adalah Menyambut Aidil Fitri di Jamaica.

Setelah hampir sebulan berpuasa dan hari kemenangan semakin hampir, kami pun berbincang nak menyambut Aidilfitri di rumah siapa dan bagaimana. Sebulat suara mencadang dan bersetuju untuk menyambut Aidilfirti di rumah Kamarul kerana rumah dia yang paling besar. 

Kami pun membeli belah untuk persediaan dan juga membeli ayam di masjid untuk rendang dan sebagainya. Tukang masak utama kami adalah Ms. Lin, jadi kami yang lelaki ni jadi pembantu saja lah, yang betulnya bantu makan hehehehe.... 

Ms. Lin, Chef In The House 

The boys pulak biasa la menunggu masa nak baham

Silalah jamu selera, dengan bermacam hidangan ... alamak terlayan menyanyi lagu raya la pulak hehehehe

Tetamu yang hadir di sambutan Aidilfitri di Jamaica

Gambar bersama Supir-supir kami dan yang berdiri kiri sekali Vj, sekarang dah jadi Boss ;)

Terima kasih juga kepada Vj kerana memahami kami, pada hari itu kami tak di beri apa apa tugasan, sebaliknya kami di suruh meraikan Aidilfitri cuma kami di minta standby jika terdapat apa apa urgent punya assingment. Alhamdulillah semua berjalan lancar, Alhamdulillah kami berjaya berpuasa sebulan bulan Ramadhan di negara yang majoriti nya tidak berpuasa. 

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari kami di Jamaica West Indies."





0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us