Kaleebso Live Aboard
Setelah bergelar Open Water Diver cinta kepada laut semakin menjadi-jadi, pantang ada orang ajak diving pasti pergi. Trip diving kedua aku adalah ke Pulau Tioman Live Aboard bersama Kaleebso.
Apa yang menarik tentang Kaleebso ni? Ya memang menarik dari segi Unlimited Dive nya, Boat Crew nya, Dive Crew nya dan yang paling paling menarik adalah makanan nya. Makanan yang di sediakan oleh Chef nya tersangat lah sedap sehingga kan ada diver yang mengikut trip ini semata-mata untuk MAKAN bukan nya untuk diving, hebat tak chef Kaleebso ini sampai diver boleh jadi sedemikian rupa.
Antara gambar makanan yang ada dalam simpanan
Semasa trip ini sepatutnya ada dua group iaitu group aku dan satu lagi group, tetapi group yang lagi satu tu cancel dan tak datang, jadi trip kali ini secara kebutulan telah menjadi Private Charter hehehehe. Dive dengan Live Aboard atau kebiasaannya di Malaysia dengan panggilan LOB kita akan dive di tempat-tempat yang jarang orang dive disebabkan kedudukan dive site semuanya jauh dari pulau, dan diver dari pulau pula tidak ke sini di sebabkan ianya jauh dari pulau, boleh pergi dari pulau tetapi kena lah tambah ongkos nya.
Antara gambar pemandangan dari Kaleebso Live Aboard
Asyik bercerita makan la, dive site la, ini la itu la bila nak dive ni??? jommmm kita kaboshhhhh!!!
Diver Gear Up!!!
Gear Up!!! jom kita dive dulu lepas ni kita sambung makan disebabkan di Kaleebso anda tidak akan lapar kerana Chef akan memastikan makanan sentiasa ada, adussss bertambah naik la berat badan aku!
Dengan Kaleebso Anda akan Eat, Sleep And Dive, apa tak nya lepas makan dive, lepas dive makan begitulah seterusnya di atas Kaleebso ini, trip ini memang best tetapi yang pastinya PENAT disebabkan tak ada apa nak buat kerana . selepas 1 jam surface interval kita terjun balik ke laut.
GEAR UP!!! alamak, aku pergi kabosshhhh dulu, nanti kita cerita lagi!!!
Jom join aku untuk trip 2014 Kaleebso, tapi anda perlu ingat Kaleebso tidak boleh minggu depan nak pergi baru nak booking, kadang-kadang booking untuk Kaleebso ini dah penuh untuk satu tahun, jadi kena plan awal, OK!
0 comments:
Catat Ulasan