Taiping Bandar Warisan
Perjalanan tampa di rancang bersama keluarga dari Kuala Lumpur ke Taiping melalui jalan Kuala Selangor. Siapa tak kenal dengan Kuala Selangor, tempat untuk memancing, kedai seafood yang sedap, produk makanan laut dan membeli ikan basah yang fresh dari pasar. Kalau dulu di zaman logo "burung merpati" aku, Zali dan Rizal memang menjaga site area sini, terkonang jua lah juga masa masa bersama mereka kerana mereka lagi terer dari aku tentang jalan raya, makanan, lubuk ikan, dan pasar pasar sekitar sana. Sampai saja di Kuala Selangor perut pun dah bermain muzik keroncong zaman berzaman, apa lagi kami singgah makan dulu di kedai makanan laut sambil menikmati pemandangan sungai nya. Kelihatan juga beberapa buah speed bot keluar membawa pelangan mereka untuk melihat kelip kelip, ini antara perkara yang belum aku dapat buat, Inn Sya Allah lain kali kita buat.
Singgah makan malam di Restoran Makanan Laut River View
Perkara pertama biasanya kami tiba di Taiping adalah untuk melapur diri kepada Bonda dulu hehehehe, jangan beb murka bonda nanti! Selepas itu baru lah melakukan aktiviti melayan hobi anak dan hobi bapa nya pulak iaitu makan hehehe.
Kedai pertama yang akan saya bawa anda semua ada lah kedai Popia Basah yang menjadi pilihan aku dari kecil sampai lah sekarang ni, dihadapan popia basah ini pula terdapat satay yang menjadi pujaan hati rakyat Taiping iaitu " Basri Satay "
Bangunan Larut Matang di bawah nya terdapat banyak kedai makan, kalau di lihat dari kiri " Famous Omar Popiah Taiping ", " Basri Satay " dan dikanan sekali " Mee Kombat "
Famous Omar Popiah Taiping, Popiah basah yang tersedap di Malaysia
Ini lah rupanya popiah yang tersedap di Malaya
Disamping popiah terdapat juga nasi lemak bungkus, harganya masih di bawah RM1.
Ais Bo Bo Cha Cha
Rasanya masih tetap sama dari dulu sehingga sekarang
Selepas selesai bab makanan ini kami bercadang untuk ke Zoo Taiping, tetapi apakan daya hujan turun dengan lebatnya dan terpaksa lah kami tangguhkan hasrat itu. Tetapi Zoo Taiping juga di buka sebelah malamnya dan di namakan "Night Safari".
Tepat 8:00 malam kami pun keluar dari rumah Bonda menuju ke Zoo Taiping Night Safari. Tiket juga telah ada, apa lagi jommmm kita masuk Zoo Taiping! Disebabkan malam dan kawasan Zoo juga agak luas, kami bercadang untuk menaiki perkhidmatan bas elektrik yang di sediakan, memang menarik Zoo di buka pada malam hari kerana kebanyakan haiwan yang selama ini tidak pernah kami lihat di siang hari aktif di malam hari, memang seronok!
Kawasan gajah yang telah di naik taraf
Bergambar bersama buaya tiruan
Hari ini saya akan membawa anda semua bermula dengan sarapan di kedai fav saya iaitu Restaurant Bismilah, kedai nya terletak di Bandar Taiping, yang menjadi fav dan kegilaan saya adalah kuah hitamnya yang juga terdapat serbuk kelapa dan di makan bersama roti canai, saya pasti ramai yang telah mencuba dan memang sedap kan?
Hajat di hati untuk naik ke Bukit Maxwell selepas bersarapan, tetapi tiket telah habis, terpaksalah kami menunggu jam 3:00 pm untuk naik ke atas. Jom kita mengisi masa yang ada dengan menunggang kuda dan senaman mengayuh Angsa di Taman Tasik Taiping hehehehehe, berpeluh peluh di buatnya janji anak happy!
Sukanya dia dapat naik kuda
Masa untuk mengayuh angsa! Tahniah kepada pihak pengurusan kerana menggunakan bot yang mengunakan kuasa solar, Tahniah!!
Kenderaan kami mendaki dan di atas Mexwell Hill
Antara pemandangan di atas Bukit Larut
Titi Gantung dan Defender 110 sedang mendaki.
Jalan yang berliku liku boleh menyebabkan dua keadaan, satu mabuk dan dua lapar hehehe, jom kita pi makan lagi! Kali ini saya nak bawa anda makan ke kedai Mee Combat, garang kan nama dia kan? Abang askar ke ni? hehehehe. Sebenarnya Mee Combat ini ada Mee goreng mamak, jika anda kena sekali pasti mee kedai mamak di KL anda tak makan dah! Saya oder sepinggan saja, tetapi anak saya amat menyukainya dan kami berkongsi mee tersebut.
Pelanggan sedang menikmati Mee Combat
Mee Combat, Mee Mamak yang terbaekkk
Tidak sempurna di Taiping jika anda tidak pekena Cendol yang bagi saya cendol yang terbaekkk di Malaya, jommm kita pekena cendol dulu!
Selamat Datang ke " Restoren Ansari Famous Cendol "
Tidak lengkap berada di Taiping jika anda tak pekena cendol Ansari
Semua makanan dah rasa, anak pun dah happy dapat main macam macam, cendol pula menjadi pelengkap di Taiping maka dengan rasminya dah boleh bertolak balik ke Kuala Lumpur. Saya akan bercerita lagi tentang kedai makan yang menjadi pujaan hati saya di Taiping Bandar Warisan 2.
0 comments:
Catat Ulasan