Didalam diving industry di Malaysia siapa yang tak kenal Rainbow Runner, kedai yang tidak asing lagi bagi para divers di Malaysia.
Apa yang saya nak nercerita hari ini ada lah MAKAN hehehehe, kenapa makan bukan diving? Sebabnya kedai makan tersebut adalah jiran Rainbow Runner dan setiap kali saya kesana kebiasaannya saya akan makan tengahari disini. Kedai yang saya maksudkan ada lah Restoran Pegaga yang terletak berhampiran dengan Rainbow Runner dan juga di hapadan Zoo Negara.
Apa yang saya nak nercerita hari ini ada lah MAKAN hehehehe, kenapa makan bukan diving? Sebabnya kedai makan tersebut adalah jiran Rainbow Runner dan setiap kali saya kesana kebiasaannya saya akan makan tengahari disini. Kedai yang saya maksudkan ada lah Restoran Pegaga yang terletak berhampiran dengan Rainbow Runner dan juga di hapadan Zoo Negara.
Apa yang istimewa sangat sehingga saya kongsikan dengan anda semua? Anda orang utara? Kalau anda orang utara kemungkinan menu ini tidak asing lagi buat anda.
Menu yang menjadi kegemaran saya adalah sangat simple tetapi sangat menyelerakan iaitu Ikan Bawal Goreng ;)
Set untuk menu ikan bawal goreng ini datang sekali dengan nasi putih, ulam kampung, papadom, sambal belacan, kuah kari, ikan bawal goreng dan juga air sirap selasih.
Ikan bawal goreng yang di goreng garing sehingga ke tulang, cili kering goreng, bawang goreng, daun kari dan juga diletakan sedikit kicap.
Restoran ini telah beroperasi melebihi dua tahun di kawasan ini, tetapi pertama kali saya singgah makan disini adalah pada tahun ini 2014 itu pun secara kebetulan students saya mengajak saya makan disini dan inilah menu yang menjadi pilihan saya. Antara menu lain adalah seperti daging salai masak lemak dan beberapa lagi.
Kebetulan pula saya lihat dan dengar loghat tokey nya yang pekat utara, saya pun bertanya lah beliau berasal dari mana? katanya Kedah selepas tu pindah ke Ipoh, hemmm macam kenal saja tokey ini. Soalah seterusnya kat Alor Setaq dulu mengaji mana? Dia kata dia mengaji Kolej Sultan Abdul Hamid, tu dia terus saja aku sebut hang Achik ka? adik Hauzey? Haa betui la tu. Rupanya tokey ni dan abang nya adalah sahabat dari sekolah yang telah lama terputus hubungan.
Apa yang penting disini saya mengsyorkan anda semua pergi dan cuba menu di atas, untuk saya sememangnya puas hati, sedap dan kena dengan selera saya.
Selamat Mencuba !!!
0 comments:
Catat Ulasan