:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Isnin, 27 Januari 2014

Aku adalah rakyat Malaysia yang tak mahu keluar dari Malaysia, tetapi pada tahun 2005 Bos aku telah memaksa aku untuk menutup Projek di Bangladesh. Bermacam macam alasan aku beri untuk tidak keluar dari Malaysia termasuk la menyimpan rambut panjang hehehehehe. Tetapi aku di paksa juga pergi walaupun berambut panjang hehehehe...

Semasa aku di sini cuaca agak sejuk 19 darjah Celsius dan kebawah. Minggu pertama aku di sini, nak tidur pun susah disebabkan bonyi hon dari kenderaan terlalu banyak walaupun dah tengah malam dan 2 minggu pertama aku hanya berani makan pisang dan epal saja, air minuman dari air botol jenama mum sahaja, ini disebabkan beberapa kawan seperjuangan aku kena masuk Hospital akibat cirit birit. Selepas 2 minggu pemandu aku iaitu Kasim Bai mula mencari kedai yg bersih yg ada jual roti nan, roti prata, kebab dan beriani baru lah aku berani makan makanan lain selain buah. Kalau minum teh tarik sekali pun aku akan minta Kasim bai tanya kedai tu dulu sumber air tu dari mana, longkang belakang kedai dia ka? kolam air yg digunakan mandi dan membasuh ka? atau dari air yg di pam. Tak dinafikan nasi beriani, roti nan, roti prata dan kebab kambing memang terbaekkkkk....

Kenangan di Bangladesh ni terasa perit semasa melaluinya tetapi sangat manis apabila di kenang nya :)

 Permandangan dari atas telecommunication tower.

Permandagan dari atas telecomminication tower.

Pemandangan dalam perjalanan ke site

Bersama Abg Mail ke site menaiki basikal roda tiga :)

Menaiki sampan menyeberang sungai untuk ke site.

Keluarga Sonia menjemput kami minum kopi, gambar di dapur tempat memasak air. Semasa keluarga Sonia memasak air pam dari telaga, kelihatan seperti lilin keluar dari air apabila air itu panas. Takut aku nak minum air itu, dan aku terpasksa meminta Kassim bai ke kereta untuk ambil air mineral untuk di masak. Takut aku nanti masuk hospital kena cirit birit.

Bersama kasim bai dan Sonia

Bersama kakitangan //E 

Di raikan oleh satu keluarga di Faridpur

Di raikan oleh Kasim bai, tetamu terhormat akan di beri makan atas katil.

Permandangan dalam perjalanan ke Chittagong bersama Nizam, sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha, dibelakang tu kelihatan pasar menjual lembu untuk korban.

8 ulasan:

  1. Antara kenangan yg tak dapat dilupakan. Thanks for the memories.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu nizam.. antara kenangan manis kita :)

      Padam
  2. Balasan
    1. sifu telco ka??? skrg tak boleh panggil sifu dah hahahaha.... dah setahun lebih tak pegang ;)

      Padam
  3. teringat layan kambing bakar ari2 gan hg kat faridfur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu abg mail, sedap tu kambing bakar tu hehehehe.... kena dok kedai makan tutup dgn kain hehehehe... kenangan betul... :)

      Padam

A call-to-action text Contact us