Terasa sedih juga meninggalkan Dominica, banyak juga kenangan manis di dominica. Terkenang juga penduduk nya yang ramah, negara yang aman, ikan steam yang paling sedap di dunia dan semua yang baik tentang Dominica. Wahai tikar terbang bawalah kami ke negara St. Vincent and Grenadines Zam Zam Ala Kazammmmm
Wa purpo Wata Kunsi Landing Time, sampai lah kami ke St.Vincent dengan Carribbean Star.
Bendera St. Vincent yang kalau kita perhatikan kebanyakan filem yang menggunakan kapal layar banyak menggunakan bendera dari negara ini.
Peta kedudukan keseluruhan Kepulauan Caribbean
St Vincent and Grenadines
sumber dari GraphicMaps.com
Kami di sini masih dalam urusan kerja, tetapi seperti biasa kita abai kan bab kerja dan kita cerita apa yang menarik di sini. St.Vincent agak moden jika di bandingkan dgn pulau sebelum ini. Apa yang menarik minat aku di sini ada laut dan kapal layar. Sejak kecil aku amat suka dengan laut, aku suka mengikut Tok Jang aku ke laut untuk menangkap ikan di Pantai Remis. jadi di sini aku rambang mata melihat kapal layar yang sangat banyak.
Aku yang telah berambut pendek, aku telah memotong rambut di Dominica di Salon Caprice, semasa Caprice memotong rambut aku semua orang di saloon menjerit kerana Caprice memotong rambut aku, sedih jugak aku, dah tak mat rock hehehehe. Untuk pengetahuan semua jika ada Rastaman, jangan sesekali bercerita tentang memotong rambut dgn mereka kerana mereka menganggap kita memalukan mereka. Gang Rastaman pun bising dgn aku sebab aku potong rambut, tiada lagi gelaran Rastaman Malaysia.
Mat Kun sedang memecahkan kepada dengan DXX, pikir jangan tak pikir, pikir jangan tak pikir ;)
Masa untuk jalan-jalan
Kapal Layar memang kegillaan aku
Mat Kun ni pandai betul bergambar, nampak bergaya je kalau dia bergambar
Suka betul aku di sini, rambang biji mata melihat kapal layar
Mengikut kata owner, Orion ni telah pun sampai ke Langkawi wahhh respect!!!
Welcome to Sunsail St Vincent
Catamaran ni bernama Tok Long, siapa ini Tok Long? orang Malaysia kah?
Sayang nya kami di sini hanya untuk jangka masa yang pendek, tak dapat la kami untuk explore keseluruhan St. Vincent, kami pergi tempat apa yang kami fikir ianya menarik. Sunsail tu memang menarik bagi aku sebab minat aku, "kalau aku kaya, kalau aku kaya, kalau aku kaya, kalau aku kayaaaaa hari hari aku belayar" hehehehee
0 comments:
Catat Ulasan