:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Selasa, 28 Januari 2014

kenapa "Ini Kerja Gila"? saya nama kan kerja Gila sebab saya dan seorang sahabat mengambil keputusan untuk terbang dari Malaysia pada hari yang sama, kali ini perjalanan dari Malaysia ke London ke Jamaica ke Barbados dan destinasi terakhir Commonwealth of Dominica. Perjalanan yang mengambil masa hampir seminggu untuk sampai ke Dominica. 

Ring Ring Ring Ring handphone aku berbunyi di subuh hari menjadi alarm untuk bangun solat subuh. Aku pun menjawab panggilan tersebut, rupanya panggilan dari //E Jamaica dan offer contract untuk Commonwealth of Dominica selama 4 bulan. Aku yang tengah mamai dan agak terkejut tidak dapat membuat keputusan ketika itu, tetapi dia bijak dan offer kat aku agar membawa seorang kawan yang boleh membuat kerja yang sama, baru la ada semangat sikit, dalam kepala otak aku hanya terpikir kawan serumah iaitu Mat Kun hehehehehe. Setelah aku dan Mat Kun setuju dengan offer itu, kami berdua pun termenung dan terpikir betul ke tindakan kami ni? Permulaan katanya kami akan terbang lagi 4 hari, jadi dapat la kami rilek rilek kemas barang, sign contract, tunggu tiket, tunggu duit advance, ke Kementerian Luar Negeri untuk buat "Letter Good Of Conduct" seterusnya berhenti kerja dan handover semua barang. Banyak kerja nak buat tu, dalam dok termenung tu kami bersetuju untuk buat satu persatu, dalam perjalanan ke office, aku dapat satu panggilan mengatakan lagi 2 hari kena terbang, tak lama selepas tu dapat panggilan lagi katanya kena terbang malam ini sebab tiada tiket untuk hari lain. Akhirnya kami bersetuju untuk terbang pada hari ini juga ke Jamaica, bertambah kelam kabut la untuk kami selesaikan semua urusan. Akhirnya selesai juga semua urusan dan hari dah hampir malam dan barang belum kemas lagi, balik ke rumah dan campak je baju ke dalam beg dan terus ke Airport KLIA. Fuuhhhhh penat dan terasa gila hehehehe.... Rasa penat pun hilang apabila terlihat wajah Bonda yang tiba dari Taiping semata mata nak menghantar aku, terima kasih Bonda :)

Akhirnya aku dan Mat Kuntum pun terbang la bersama MAS ke Kota London, perjalanan mengambil masa 13jam, dalam kapal apa lagi tidur tak sedar diri lah sebab kepenatan dan stress.Akhirnya kami sampai di Airport Heathrow untuk transit dan tukar kapal terbang, kali ini dengan Air Jamaica pula. Tunggu punya la tunggu akhirnya diberitahu kapal terbang delay. Kami di beri Hotel, makan dan elaun (elaun tu sampai hari ini tak dapat dapat). 

Jurys Inn tempat yang di sedia kan oleh Air Jamaica.

Kami pun mengguna kan kesempatan ini untuk berjalan jalan di Kota London maklumlah pertama kali sampai di Kota London. Aku pun dah lupa berapa hari flight kami delay, rasaya 2 ke 3 hari juga. Mulanya seronok lah, lepas tu boring la pulak dengan pakai baju yang sama dari Malaysia, beg semua dan connecting terus ke Jamaica.

Dari Hatton Cross Station ke Kota London 

Maaf gambar kurang cantik, pakai kamera murah :)

Jalan jalan di malam hari

Jalan jalan lagi sambil menunggu kapal terbang 

Bersama Mat Kuntum di Kota London

Lagi gambar bersama Mat Kuntum

Setelah beberapa hari di Kota London kami pun di beritahu kapal terbang Air Jamaica dan sedia untuk terbang pada hari itu. Akhinya terbang lah kami ke Jamaica, perjalanan mengambil masa 8 jam. Dari negara bercuaca sejuk ke negara bercuaca panas, hampir saja ke kawasan panas aku dah rasa bau macam HARIMAU AKAR maklum lah baju yang sama dari Malaysia, di tempat sejuk mana ada bau hehehehehe.... 

Terbang bersama Air Jamaica menuju ke Jamaica. Boleh jumpa Bob Marley, Usin Bolt eh ops masa ni zaman Asafa Powell :) 

Movie pun dah layan, perut pun sudah kenyang dan kita tiba masanya untuk aku ZZZzzZZZzzZZZzzz.

Ikui sambungan nya "Ini Kerja Gila 2006 Part 2"




0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us