:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Selasa, 1 Mac 2016

Kali ini kita akan bercerita tentang Liveaboard Aquila ke Pulau Tenggol pada April 2015. Ini adalah satu cara para diver melepaskan gian mereka untuk diving. Ada setengah diver sememangnya suka dive dengan liveaboard, antara sebabnya  adalah kebanyakan liveaboard memberi package unlimited dive with safe limit, semua diver juga akan makan tidur dan dive di atas liveaboard ini. Liveaboard juga ada kategori nya dari yang budget sehingga lah kepada yang semewah mewahnya, tepuk lah dada tanya selera ;)

Liveaboard Aquila di Kemaman.  

Wheelhouse

Trip kali ini saya membantu DM Chon untuk semua urusan diving termasuklah guiding. Selepas selesai solat Jumaat, Aquila pun bertolak ke Pulau Tenggol dengan anggaran perjalanan selama 6 jam atau lebih bergantung atas faktor cuaca.

Permandangan Pulau Tenggol awal pagi dari Aquila 

 Antara kelebihan dengan liveaboard ini, anda semua dapat belajar tentang term yang akan di gunakan antaranya Stern, Bow, Starboard, Winward, Starboard Side, Port Side, Head, Galley, Wheelhouse dan sebagainya. Untuk keterengan lanjut boleh lah untuk Signup Specialty Padi Boat Diving atau Padi Advance Course.

Tiada apa yang menarik dengan trip liveabord ini selain dari Eat, Sleep, Dive and Repeat, begitulah seterusnya selama 2 hari kami bersama liveabord ini.Pada sebelah malam pula selepas dive kita makan dan selepas itu boleh mononton movie ataupun karoke ;)

Explore Fisherman Shipwreck.
Ini adalah salah satu favorite dive site saya kerana terdapat pelbagai spesis nudibranch di sini. 

Pulau Tenggol yang memang terkenal dengan coral nya yang sihat. Pernah saya guiding sekumpulan Mat Salleh dan mereka cuma hendak menikmati keindahan coral sahaja, terbalik pula dengan diver kita yang  kebanyakanya lebih kepada ikan ikan besar. Apa apa pun semua itu terpulang kepada diver itu sendiri apa yang mereka minat. 

Antara gambar keindahan Pulau Tenggol dari Liveaboard Aquila

Antara lain yang menarik perhatian kami adalah ketika kami dalam perjalan ke Tokong Timur dan Whale Shark telah menunjukan dirinya di permukaan, tetapi sayang kami tak bertemu dengan gantle giant tersebut ketika diving.

Terpancar wajah kepuasan para diver setelah selamat kembali tiba di Kemaman. Semoga anda semua berpuas hati dan akan kembali EAT, SLEEP, DIVE & REPEAT bersama kami. Terima kasih kepada semua yang divers dan semua yang terlibat. 

Untuk sebarang pertanyaan tentang Liveaboard Aquila ini boleh la email kepada saya shafuanz@gmail.com


0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us