:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Isnin, 29 Februari 2016

Saban hari sukan scuba diving ini semakin popular dan tidak hairan semakin ramai orang mengambil Open Water Dive Course. Kali ini saya akan bercerita tentang Open Water Dive Course di Tenggol Coral Beach Resort yang melibatkan 9 orang gadis dan kami namakan group ini Princess. Saya juga di bantu oleh 3 Dive Master In Training iaitu Walter, Azrul dan Nadia.

Open Water Dive course ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama iaitu Theory, Quizzes dan Final Exam. Kali ini kami bersetuju agar kelas di lakukan di Starbuck dengan alasan senang nak beli dan minum kopi hehehehe.

Kelas untuk group yang pertama

Kelas untuk group yang ke dua

Setelah selesai bahagian yang pertama iaitu Theory, Quizzes dan Final Exam baru lah kita akan ke bahagian yang ke-2 iaitu Confined Water Session di kolam renang. Tiba tarikh yang telah di tetapkan maka bermulah bahagian yang ke-2 ini yang berlangsung di PJ Palm Sport Centre di Petaling Jaya.

Deep Water Entry

Sempat lagi nak bergambar sebelum entry

Bila melibatkan student yang ramai, saya akan bahagikan kepada 2 atau 3 kumpulan dan Princess boleh memilih tarikh dan masa yang bersesuaian dengan mereka.

Bahagian ke-2 pun telah selesai dan sekarang tiba lah bahagian yang terakhir iaitu 4 Open Water Dive. Seperti yang di rancang kami akan ke Tenggol Island dan kami akan menginap dan dive bersama Tenggol Coral Beach Resort. Kali ini di sini saya di bantu oleh Instructor Cikgu Azran dan DMT Walter.

4 daripada 9 Princess 

Love formation yang berjaya di lakukan oleh Princess. Gambar ini berjaya di rakam oleh Cikgu Azran pada leisure dive yang pertama untuk princess.

Syukur dengan bantuan Cikgu Azran dan Walter, Open Water Dive Course ini telah berjalan dengan lancar dan Princess telah melakukan dengan baik sekali dan mereka berhak untuk untuk gelaran Padi Open Water Diver.


Setelah Princess melengkapkan bahagian yang ke-3 akhirnya Princess semua telah menamatkan Open Water Dive Course ini dan pada sebelah malam nya diadakan Graduation Night iaitu menyampaikan Padi Open Water Temporary Card yang valid selama 90 hari dan diadakan juga snorkel test untuk kesemua Princess dan malangnya Walter dan saya juga telah di paksa oleh Princess untuk melakukan snorkel test juga, Cikgu Azran yang bernasib baik sebab awal awal dia sudah menghilangkan diri. Apa apa pun Princess dan kami semua enjoy selama course ini berlangsung dari mula hingga ke akhir.   


Hari terakhir dan sebelum kami keluar ke tanah besar, kelihatan Princess yang sangat happy setelah menamatkan Open Water Dive Course. Semoga kita akan mendapat peluang untuk dive bersama sama lagi dan terima kasih kerana memilih saya sebagai Instructor anda semua dan terima kasih juga kepada Cikgu Azran dan Walter kerana membantu sepanjang course ini berjalan. Terima kasih juga kepada semua staff Tenggol Coral Beach Resort.

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us