Selamat menyambut tahun baru 2016 kepada semua.
Kali ini saya akan bercerita tentang Project Aware di Pulau Tenggol pada Mac 2015 kerana pada minggu ini akan berlangsung lagi sekali Project Aware di Pulau Tenggol untuk tahun 2016.
Tahun ini program akan berlangsung dari 26 hingga 28hb Mac 2016. Semoga kita dapat mengumpul lebih banyak sampah dari darat dan lautan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan menjayakan program ini. Semoga tahun ini program ini lebih berjaya dari tahun lepas. TAHNIAH kepada semua !!!
Gambar semasa program tersebut
Program berlangsung di Tenggol Coral Beach Resort yang sememangnya aktif dan akan menganjurkan program ini paling kurang pun setahun 2 kali. Tahniah !!!
Project Aware Pulau Tenggol
Antara sampah yang berjaya di kumpul sepanjang program berlangsung. Sampah ini akan di asing kan mengikut kategori dan juga akan di timbang. Semoga kita semua tergolong dalam Orang yang menyayangi lautan dan sungai.
Kipidap and Dongibab ;)
Bersama Cikgu Nan dan Dive Master Qito. Pada sebelah malam Cikgu Nan memberi taklimat dan berkongsi cerita tentang laut bagi pihak Jabatan Taman Laut. Terima kasih Cikgu Nan!!!
Abang abang hensem dari Jabatan Taman Laut yang banyak membantu sepanjang program ini berlangsung.
0 comments:
Catat Ulasan