:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Jumaat, 31 Januari 2014

Alhamdulillah akhirnya sampai di Jamaica, urusan immigration dan kastam pun berjalan dengan lancar. Keluar dari Airport Norman Manley kami di sambut oleh rakan dari Malaysia juga bernama Milli dan kami terus ke hotel di bandar Kingston. Berehat sebentar tak lama kemudian kami di minta melapur diri. Berada di Jamaica hanya beberapa hari untuk briefing projek, advance duit projek, team member utk projek dan semua nya berkenanan projek. Nanti aku ceritakan pasal Jamaica, sebab agak lama juga aku di Jamaica dan beberapa kali jugak aku ke Jamaica. 

Setelah beberapa hari di Jamaica kami pun terbang pula ke Commonwealth Of Dominica dan transit satu malam di Barbados. 
Di hadapan Time Out, Barbados.

Bersama Mat Kun di pantai Time Out Barbados

Mat Kun bersama Team Jamaica

Bridgetown, Barbados

Keesokan hari nya kami terbang pula ke final destination iaitu Commonwealth Of Dominica. Semasa hampir sampai ke Dominica dalam hati aku berkata kata, alamak tempat apa ni, tak nampak rumah pun, semua laut dan hutan saja, aku pandang Mat Kuntum dan dia pandang aku, nak buat macamana dah sampai pun tinggal nak landing saja. Alhamdulillah akhirnya kami menjejak kaki di bumi Dominica, Melville Hall Airport. Perjalanana menuju ke Bandar Roseau mengambil masa berjam jam dan melalui hutan saja, nak jumpa rumah sebiji pun susah. Alamak aku ni kat negara apa ni, nasib baik la aku datang dengan Mat Kun. Akhirnya sampai lah kami ke Bandar Roseau baru la nampak rumah dan bangunan, aku dah gabra jugak bila tengok hutan dan laut saja hehehehehehe. 

Melville Airport, Dominica

Setelah berjam menaiki teksi dengan jalan raya nya macam ular sawa melingkau akhirnya tiba di Roseau Town. Sumber gambar daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Dominica

Tempat penginapan kami yang pertama di Dominia,Caprice Studio Apartments & Guest House. 

Alhamdulillah, setelah membuat keputusan dan kerja gila tu akhirnya dapat menamatkan perjalanan yang mengambil masa satu minggu dari Malaysia-London-Jamaica-Barbados-Dominica. Aku dan Mat Kun menarik nafas panjang dan lega kerana dapat berehat sebelum berkerja siang malam selama berbulan bulan. Mat Kun aku tido dulu ZZZzzzZZZzzzzZZZzzzz.... 

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us