:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Khamis, 26 Jun 2014

Mural Painting at Dive Center Tenggol Coral 

Saya akan berkongsi dengan anda selaman saya di Fisherman Ship Wreck bersama 3 orang lagi rakan Underwater Brotherhood.

Kebiasaan pada malam terakhir di pulau semua orang berkumpul makan, minum, bersembang, main game yang di sediakan di resort di tambah lagi dengan muzik dan World Cup 2014. Tiba tiba datang la si Dennis dengan serius nya berkata "hey i'm planning to do morning dive, if you want to join be at dive center at 6:30am and 7:00am we start to swim to Fisherman Ship Wreck" mulanya ingatkan gurauan semata hehehe rupa rupa nya dia memang serius.

Fisherman Ship Wreck dari depan, terletak tidak jauh dari pantai dan di kedalaman 18-23 meter  


seperti yang dijanji kan 6:30am saya dan Zharif dah tercegat di dive center menunggu yang lain, cuma 2 orang saja yang muncul iaitu Dennis dan MC. OK jom bersiap, gear up, buddy check dan let's go...

Bersiap sedia


Dinda oh Dinda !!! di mana dinda ??? ;)

Sementara menunggu dua nudi tersebut berjalan untuk bertemu antara satu sama lain saya mengambil gambar nudi spesis yang lain dulu.

Akhirnya bertemu juga pasangan ini ;)

Setelah 61 minit didalam air tiba untuk kami menamatkan dive tersebut, sebabnya nak basuh barang lagi, nak keringkan barang lagi kerana dalam jam 10am kami akan keluar dari Pulau Tenggol. Tak banyak gambar yang saya ambil untuk di kongsikan tetapi saya menumpukan perhatian untuk 2 jenis ini saja. OK semua, nanti bersama sama saya kita mengembara di dasar laut lagi yaaaa...

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us