:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Ahad, 16 Februari 2014


Bali: Polis Indonesia semalam menemui satu mayat dipercayai kumpulan penyelam Jepun yang hilang ketika menyelam di perairan Pulau Bali dan masih mencari enam yang lain.

Ketua polis Nusa Penida, Nyoman Suarsika berkata, kumpulan itu, termasuk dua jurulatih beredar pagi kelmarin dengan menaiki bot yang disewa. Mereka menyelam di sekitar kawasan paya bakau di Teluk Crystal apabila angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan berkenaan. Sejak itu, mereka tidak lagi kelihatan selepas waktu tengah hari.

Senarai yang dikeluarkan polis menunjukkan kumpulan itu terdiri daripada enam wanita dan seorang lelaki.

Operasi mencari mangsa yang hilang membabitkan polis, agensi mencari dan menyelamat kebangsaan serta kumpulan nelayan yang diketuai dua kapten bot penyelam.

Nusa Penida terletak 20 kilometer di timur Denpasar. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/16

MyMetro

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us