:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Rabu, 5 Februari 2014

Setelah sebulan melalui peritnya hidup di Haiti akhirnya tibalah masa yang di tunggu-tunggu, masa untuk ke Airport dan pulang ke Jamaica. Kali ini perjalanan nya sama seperti perjalanan datang cuma terbalik saja, dati Haiti ke Panama ke Cuba dan transit satu malam. 

Gambar yang ditangkap dan diberikan oleh rakan aku yang keluar ke site.

Terbang lah aku keluar dari Haiti, dalam hati berfikir macam-macam juga termasuk la ruginya keluar dari sini, sebab kat sini masyukkkk tak kerja pun ada elaun yang besar. Kenapa elaun besar, sebab keadaan negara yang tidak aman. Apa-apa pun aku patut ber syukur dapat keluar dari Haiti dengan selamat.

Wang kertas Haiti yang masih dalam simpanan aku.

Transit dan connecting flight di Panama mengambil masa beberapa jam juga, kesempatan ini aku gunakan untuk jelajah kedai kedai free duty di airport. Kebetulan handphone aku tak berapa elok dah dan ada duit elaun pula tu, maka aku pun membeli satu handphone jenama Sony Ericsson, selepas tu belek punya la belek ternampak lah aku satu ayat Made In Malaysia, wahhhh punya la jauh aku beli rupanya dia lahir dari negara aku juga, aku pun terasa bangga dengan barangan buatan Malaysia.

Sekali lagi aku di Cuba dan sekali lagi aku wajib melalui sekatan sekatan mesra oleh pasukan pakaian seragam dan bila aku perhatikan selama dua kali aku masuk ke Cuba passport aku tidak di cop di dalam nya, hanya di cop di kad mendaratan. Sekali lagi aku dengan taxi antik ke hotel, tetapi kali ini aku ke kawasan moden alaaaaaa tak bestnya, aku nak kawasan antik tu hehehe. Sekali lagi aku melapurkan diri kepada kedutaan Malaysia di Cuba, tetapi kali ini mereka sangat sibuk dengan kedatangan Perdana Menteri yang ketika itu ialah Pak Lah dan menteri menterinya.  Kalau lah aku ada baju dan seluar yang senonoh sikit mahu juga aku nak berjumpa dengan mereka. Kesimpulan nya kali ini aku tidak berjalan kemana-mana pun cuma berehat di bilik sahaja. 

Permandangan dari bilik aku di Cuba

Gambar gambar dan bahan bacaan menghiasi dinding Hotel.

Gambar di hadapan Hotel tempat aku menginap, kelihatan bendera bendera negara yang akan menghadiri mensyuarat termasuk lah Malaysia.

Taxi yang membawa aku ke Airport Cuba, pemandunya adalah wanita yang menghisap cigar, dia kata apa kelas hisap rokok light hahahaha hampehhh.

Kelihatan Jalur Gemilang, Bendera Malaysia di Aiport Cuba, bangga aku melihat bendera kita di sini. Apa yang best tentang Airport ni, anda bebas merokok di sini, untuk perokok seronok lah.

Wang kertas Cuba yang masih ada dalam simpanan aku.

Ok semua depa dah panggil tu, sat lagi telepas pulak kapal terbang naya aku. Kita jumpa di Cayman Island byeeee!!!!!




0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us