6 Februari 2014
ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki berusia lingkungan 20-an dikhuatiri lemas selepas ‘bot polistirena’ buatannya terbalik di perairan sungai Kampung Seberang Perak, di sini, semalam.
Kejadian kira-kira 5.30 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa cuba berpatah balik ke rumahnya di Kampung Seberang Terus selepas tiba beberapa minit di Kampung Seberang Perak.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, cubaan untuk menyelamatkan mangsa gagal apabila mangsa tenggelam dan tidak dapat dikesan.
“Semasa kejadian, saya dan adik perempuan sedang duduk di kerusi berdekatan tebing. Tiba-tiba dia (mangsa) menghampiri saya dan bertanyakan sama ada ingin cuba menaiki bot buatannya.
“Dia kemudiannya ada mengadu penat selepas berkayak dari seberang kampung ke sini. Saya ada mengajak dia untuk naik berehat di sini, tetapi dia tidak mahu dan memaklumkan ingin berpatah balik ke rumahnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, kejadian itu adalah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan kerana cubaan untuk menyelamatkan mangsa daripada lemas, gagal.
“Sebelum dia berpatah balik, dia ada kata nak ambil lajak, seolah-olah memandu bot besar. Pada jarak lebih kurang dua meter dari tebing, bot yang dinaiki mangsa tiba-tiba terbalik.
“Saya cuba terjun ke sungai untuk selamatkan dia, tetapi tidak sempat. Kemudian saya hubungi pihak berkuasa,” katanya.
Sementara itu, Penolong Kanan Bomba, Balai Jalan Tun Razak, Mohamad Mahyuddin berkata, pihaknya menerima aduan pada jam 5.37 petang dan tiba di lokasi kejadian pada 5.48 petang.
Beliau berkata, mangsa dipercayai menaiki ‘bot polistirena’ bersaiz satu meter persegi.
“Operasi mencari dan mengesan mangsa sedang berjalan dengan bantuan penduduk dan pasukan bomba sukarela. “Operasi ini dijangka berterusan sehingga lewat malam. Bagaimanapun, bergantung kepada keadaan semasa oleh Unit Skuba Bomba Sungai Petani,” katanya.

0 comments:
Catat Ulasan