:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Khamis, 29 Mei 2014

Selamat Datang ke Tenggol Coral Beach Resort
Dewan makan

Saya memulakan diving season tahun ini dengan Pulau Tenggol iaitu Syurga Scuba Diving di semenanjung. Kali ini saya menetap di Tenggol Coral Beach Resort, seperti yang telah di ketahui ramai Tenggol Coral sememangnya menyediakan bilik yang memuaskan hati pelangannya dan akan memastikan makanan yang di sediakan mencukupi dan memuaskan hati pelangannya. 

Antara pelanggan Tenggol Coral di Jeti A King 

Untuk sampai ke Pulau Tenggol anda perlu memandu kereta atau menaiki bas dari destinasi anda ke Kuala Dungun, jika anda dari Kuala Lumpur perjalanan sejauh +-400km dan mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam. Jika kita bandingkan perjalanan jarak dan masa Tenggol ini adalah yang terdekat dari Kuala Lumpur. Dari Dungun anda perlu ke Jeti A King atau Jeti Pulau Tenggol. Dari jeti menaiki bot mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Pulau Tenggol.


Sejak pertama kali saya dive di Tenggol hati saya telah jatuh cinta dengan dunia underwater Tenggol ini. Terdapat kelainan disini seperti Rock Formations, Blue Water, Less small particles dan yang paling menarik adalah pelbagai species Nudibranch dan lebih menarik lagi ialah Tenggol adalah tempat persingahan Whale Shark. Jika anda seorang pengemar mengambil gambar pasti anda menyesal jika tidak membawa camera bersama.

Bilik Beach View

Dive Center yang besar dan luas untuk keselesaan pelangan

 Terdapat beberapa jenis makanan disediakan oleh pihak Resort, contohnya masakan melayu, western dan Chinese + Thailand, dan juga ada disediakan BBQ yang pasti memuaskan hati anda dengan kambing dan ayam bakarnya, mesh potato, jagung, mushroom soup, satay, cendol, manisan dan beberapa lagi.  

BBQ Night

Sahabat saya yang sedang menjamah BBQ

Bilik dah dapat, badan pun sudah cukup rehat dan perut pun dah kenyang, jadi jom kita sambung rehat dulu sebelum kita meneruskan dengan aktiviti menyelam dan jom kita bongkar isi laut Pulau Tenggol.

Ikuti sambungan nya di --->  TENGGOL ::: Welcome To My Paradise 2


0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us