:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Sabtu, 15 Mac 2014



Bila lagi nak dive ni? Kulit pun dah kering ni tak kena air masin ni, begitulah antara ayat-ayat diver yang telah tersangkut dengan hobi Scuba Diving ni. Aku pun tak terlepas dari benda-benda ini, tiba-tiba aku mendapat panggilan talipon dari Instructor aku yang mengatakan ada Dive Trip ke Pulau Weh, Indonesia, wahhh menarik ni untuk mengurangkan kering di kulit dan masa untuk menghitamkan kulit. Aku pun apa lagi terus confirm kan tempat untuk ke Pulau Weh., tak sabar dah ni.

Masa untuk mengemas barang, BCD check, Regulator check, Wetsuit check, Fin check, Pointer check, Mask check, Torchlight check, check check check dan semua dah ready dalam dive bag.

Tiba masa yang di janjikan kami semua berkumpul di LCCT dan menaiki Air Asia ke Banda Acheh. Seperti biasa masa untuk melelapkan mata sekejap untuk perjalanan seterusnya.


Alhamdulillah selamat mendarat di BTJ Banda Acheh International Airport atau Sultan Iskandar Muda International Airport 

Tiba di Banda Acheh kami di bawa untuk melawat tempat-tempat peninggalan Tsunami, sedih dan menakjubkan bila melihat kan kekuasaan Allah, buatan manusia ini tiada tandingan nya dengan kekuasaan Allah.


Bot nelayan yang terdampar dia atas rumah, bot ini di kekal kan dan menjadi antara tempat untuk di lawati ketika berada di Banda Acheh.


Stesen Janakuasa yang beribu-ribu tan ini yang asalnya terletak di lautan kini berada di daratan, dari cerita yang disampaikan dibawahnya dulu adalah sebuah perkampungan.


Setelah selesai berjalan-jalan kami pun menikmati makan tengahari dahulu sebelum kami ke Jeti tempat untuk kami menaiki feri ke Pulau Weh.

 Masa untuk memesan makanan untuk makan tengahari 

 Jeti untuk ke Pulau Weh

Menaiki feri ke pualu weh mengambil masa juga, kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh aku untuk melelapkan mata dan berehat sebelum meneruskan perjalanan selepas tiba di Pulau Weh.

Alhamdulillah selamat tiba di Pulau Weh

Papan tanda yang terdapat di Jeti




Tiba di Pulau Weh kami di jemput oleh van untuk di bawa ke Sabang, Perjalanan melalui jalan bukit dan dapat lah menikmati permandangan di sekitar Pulau Weh.


Antara gambar pemandangan dari atas bukit.



Tiba di tempat penginapan kami di Nagoya Inn, check in dan hari ini "Free and Easy " dan jikalau nak sambung tidur pun boleh. 




Setelah satu hari perjalanan matahari pun melabuhan diri dan bulan pun menyapa. Makan malam kami pada hari ini di Dynasty Restaurant, sedap makanan nya, puas hati dan boleh mimpi makan hehehe. Selesai makan malan dan jalan-jalan sekitar situ kami pun kembali ke Nagoya Inn. Masa untuk semua diver tidur kerana esok pagi first dive kami untuk trip ini. Apa lagi jom tidur!!!!

Jangan lupa ikuti kisah selanjutnya di Aku&Laut ::: Pulau Weh 2

Artikel Berkaitan






0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us