:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Khamis, 26 Jun 2014


The saw shark which was successfully pulled to shore.

PULAU BRUIT, Daro: Two fishermen from Kampung Bruit here were in for a huge surprise on Monday night when their fishing trawler net seemed heavier than usual.

Little did they know that what they had hauled up would create history as their catch was none other than a saw shark weighing close to 300kg.

Pulling with all their might, the fishermen (name withheld) had to call for help from friends in the village as their catch was extremely heavy and considered the biggest fish they had caught throughout their years as fishermen.

Villagers measuring the length of the saw shark after it was pulled to shore.

Initially, the 27-year-olds were not aware of what fish they had caught at sea near Pulau Bruit around 9pm but after dragging the fishing net to shore with the assistance of other fishermen, they were shocked to find that they had caught a saw shark measuring five metres long and two metres wide.


“We took almost 30 minutes to defeat the saw shark but we were unable to haul it up to the boat as it was too big and heavy. Our only option was to tow it back to Kampung Bruit jetty and wait for sunrise before dragging it to shore,” one of the fishermen recalled of his experience.

Villagers working together to pull the saw shark to shore at Kampung Bruit, Daro. — Photos courtesy of Kampung Bruit villagers

By then, many villagers had thronged the beach to see for themselves the unusual catch of the day.

The saw shark has since been sold to villagers and interested customers in Sibu. Details on proceeds of sale were not disclosed.

Meanwhile, photographs and stories of the large catch went viral on social media amongst residents of Pulau Bruit as many commented that they had never seen such a huge fish caught by fishermen before.

According to Wikipedia, the saw shark is an endangered species. However at press time, Sarawak Forestry Corporation could not be reached for comment. - Borneo Post

Mural Painting at Dive Center Tenggol Coral 

Saya akan berkongsi dengan anda selaman saya di Fisherman Ship Wreck bersama 3 orang lagi rakan Underwater Brotherhood.

Kebiasaan pada malam terakhir di pulau semua orang berkumpul makan, minum, bersembang, main game yang di sediakan di resort di tambah lagi dengan muzik dan World Cup 2014. Tiba tiba datang la si Dennis dengan serius nya berkata "hey i'm planning to do morning dive, if you want to join be at dive center at 6:30am and 7:00am we start to swim to Fisherman Ship Wreck" mulanya ingatkan gurauan semata hehehe rupa rupa nya dia memang serius.

Fisherman Ship Wreck dari depan, terletak tidak jauh dari pantai dan di kedalaman 18-23 meter  


seperti yang dijanji kan 6:30am saya dan Zharif dah tercegat di dive center menunggu yang lain, cuma 2 orang saja yang muncul iaitu Dennis dan MC. OK jom bersiap, gear up, buddy check dan let's go...

Bersiap sedia


Dinda oh Dinda !!! di mana dinda ??? ;)

Sementara menunggu dua nudi tersebut berjalan untuk bertemu antara satu sama lain saya mengambil gambar nudi spesis yang lain dulu.

Akhirnya bertemu juga pasangan ini ;)

Setelah 61 minit didalam air tiba untuk kami menamatkan dive tersebut, sebabnya nak basuh barang lagi, nak keringkan barang lagi kerana dalam jam 10am kami akan keluar dari Pulau Tenggol. Tak banyak gambar yang saya ambil untuk di kongsikan tetapi saya menumpukan perhatian untuk 2 jenis ini saja. OK semua, nanti bersama sama saya kita mengembara di dasar laut lagi yaaaa...

Rabu, 25 Jun 2014

Sekali lagi saya hilang buat seketika diatas tugasan mengajar di Pulau Tenggol. Kali ini saya akan berkongsi dengan anda trip saya ke Pulau Tenggol minggu lepas 20hb Jun 2014.

Sebelum itu saya telah mendapat tungasan daripada Scubaholics Anonymous dan Tenggol Coral Beach Resort untuk mengajar PADI Open Water Diver Course.


Session kelas telah dilakukan 2 kali sebelah petang hingga ke malam di Scubaholics, Taman Danau Desa. Kelas sudah selesai cuma tinggal Confined Water dan Open Water session di Pulau Tenggol.


Tiba hari yang telah di janjikan kami pun bertolak dari Kuala Lumpur ke Dungun seterusnya menaiki bot ke Pulau Tenggol. Selepas check-in dan berehat buat seketika kami pun memulakan aktiviti di dalam air. 

Setelah bertungkus lumus selamat 3 hari didalam air akhirnya lahirlah seorang lagi DIVER yang akan bersama-sama saya menerokai dasar laut. 

Tahniah kepada Fardan, teruskan diving tak kira dimana anda berada dan jadikan setiap dive anda akan belajar benda yang baru. 

Setelah semuanya selesai tiba masa untuk berehat, tak complete rasanya jika di pulau tak tidur di dalam hammock. Permandagan ketika bangun dari tido dari hammock ;) 


Rabu, 11 Jun 2014

Didalam diving industry di Malaysia siapa yang tak kenal Rainbow Runner, kedai yang tidak asing lagi bagi para divers di Malaysia.

Apa yang saya nak nercerita hari ini ada lah MAKAN hehehehe, kenapa makan bukan diving? Sebabnya kedai makan tersebut adalah jiran Rainbow Runner dan setiap kali saya kesana kebiasaannya saya akan makan tengahari disini. Kedai yang saya maksudkan ada lah Restoran Pegaga yang terletak berhampiran dengan Rainbow Runner dan juga di hapadan Zoo Negara.


Apa yang istimewa sangat sehingga saya kongsikan dengan anda semua? Anda orang utara? Kalau anda orang utara kemungkinan menu ini tidak asing lagi buat anda. 


Menu yang menjadi kegemaran saya adalah sangat simple tetapi sangat menyelerakan iaitu Ikan Bawal Goreng ;) 



Set untuk menu ikan bawal goreng ini datang sekali dengan nasi putih, ulam kampung, papadom, sambal belacan, kuah kari, ikan bawal goreng dan juga air sirap selasih. 



Ikan bawal goreng yang di goreng garing sehingga ke tulang, cili kering goreng, bawang goreng, daun kari dan juga diletakan sedikit kicap. 

Restoran ini telah beroperasi melebihi dua tahun di kawasan ini, tetapi pertama kali saya singgah makan disini adalah pada tahun ini 2014 itu pun secara kebetulan students saya mengajak saya makan disini dan inilah menu yang menjadi pilihan saya. Antara menu lain adalah seperti daging salai masak lemak dan beberapa lagi. 

Kebetulan pula saya lihat dan dengar loghat tokey nya yang pekat utara, saya pun bertanya lah beliau berasal dari mana? katanya Kedah selepas tu pindah ke Ipoh, hemmm macam kenal saja tokey ini. Soalah seterusnya kat Alor Setaq dulu mengaji mana? Dia kata dia mengaji Kolej Sultan Abdul Hamid, tu dia terus saja aku sebut hang Achik ka? adik Hauzey? Haa betui la tu. Rupanya tokey ni dan abang nya adalah sahabat dari sekolah yang telah lama terputus hubungan. 

Apa yang penting disini saya mengsyorkan anda semua pergi dan cuba menu di atas, untuk saya sememangnya puas hati, sedap dan kena dengan selera saya. 

Selamat Mencuba !!!

Ahad, 8 Jun 2014

Hari ini saya akan bercerita tentang apa yang berlaku tentang diving activity di Kuala Lumpur dan saya sebenarnya mahau mengajak anda semua bersama-sama saya menerokai dive site ini, hari ini hari yang ke tiga saya menerokai nya ;) Di Kuala Lumpur sekarang ini sebang berlangsung MALAYSIA INTERNATIONAL DIVE EXPO 2014 yang ke sembilan bertempat di PWTC. Hari ini adalah hari yang ke-3 dan juga hari yang terakhir.

.

Apa yang menarik disini?? Lihat gambar diatas adalah antara syarikat yang terlibat dalam expo ini dan juga di expo ini tempat berkumpulnya semua diver dari Malaysia dan juga luar negeri. 

Disini juga kita berpeluang untuk melihat, mencuba dan membeli pelbagai dive equipment dan gadget dari pelbagai jenama kerana boleh dikatakan semua kedai yang terlibat didalam diving industry ini juga berkumpul disini.

Disini juga tempat kepada hampir keseluruhan resort dan dive dari seluruh Malaysia berkumpul dan mempromosikan resort mereka dan juga dive courses dengan harga discount semasa MIDE. 

Hari ini hari yang terakhir, saya sememang nya ada di sana, jika anda mahu berjumpa dan bersembang-sembang tentang dive course dan resort sila lah datang ke PWTC saya menanti anda di sana. 

Temui saya  Shafuan "Che Wan" di Booth A84 PWTC

maklumat lanjut tentang MIDE sila layari 

Khamis, 5 Jun 2014

Selamat Datang ke Summer Bay, Pulau Lang Tengah

Kali ini saya akan membawa anda menerokai darat dan dasar laut Pulau Lang Tengah, ini juga adalah pertama kali untuk saya ke sini. Pulau Lang Tengah berada di antara Pulau Redang, Pulau Bidong dan juga Pulau Perhentian. Perjalanan menaiki bot laju dari Jeti Merang mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Jetti Summer Bay Resort

Kali ini saya dan 3 rakan seperjuangan lagi ke Lang Tengah untuk mengajar, mentauliahkan dan meramaikan lagi penyelam untuk bersama-sama kami menerokai dasar laut. Mungkin selepas ini giliran anda pula ;) 

Permandangan ketika sampai di Pulau Lang Tengah


Bilik nya yang serba baru lagi kemas dan juga disediakan TV

Alhamdulillah selamat sampai di Lang Tengah, perjalanan menaiki bot laju Explorer dengan twin 4 stroke engine sememang nya laju dan senyap, keadaan laut pagi ini pun boleh di ibarat seperti cermin.


Jom kita check in dulu dan gambar di atas adalah gambar tempat saya dan Adam selama 3 hari 2 malam di sini. Blok bilik yang saya tinggal ini masih baru dan anda masih lagi dapat menghidu bau simen, cat dan kayu baru. Bilik memang best tetapi yang tak bestnya adalah saya terpisah agak jauh dari laut dan bunyi ombak dan saya juga tak dapat menonton cerita kegemaran saya iaitu "Laut dan Sistem bunyinya" 

Gambar sebelah kiri adalah Resort batu, di sebelah kanan pula Resort Kayu dan yang paling utama adalah di tengah nya terdapat tempat rehat dan juga kolam renang.

Permandangan hari kedua sebelum ribut melanda

Dewan makan yang menyediakan perlbagai jenis makanan yang sedap

 Maaf kali ini saya tidak dapat berkongsi dengan anda semua gambar dasar laut Pulau Lang Tengah kerana kali ini saya mengajar dan saya tidak membawa kamera ketika mengajar. Semua gambar saya simpan dalam ingatan saya saja. Antara Dive site yang kami terokai adalah House Reef, Batu Bulan, Batu Kucing dan Blue Coral.

Peta Dive Site Lang Tengah 

Tetapi jikalau anda nak melihatnya juga JOM bersama saya ke Pulau Lang Tengah samada anda sebagai student Open Water Diver Course ataupun sebagai Leisure Diver, apamacam??? Pilihan di tangan anda!!! ada berani??? ;)


Selasa, 3 Jun 2014

Kebiasaannya Dive Trip datang dengan package 3 hari 2 malam untuk 5 dives, 4 hari 3 malam untuk 7 dives ataupun 5 hari 4 malam untuk 12 dives. Di Pulau dengan keindahanya dan dengan melakukan aktiviti yang kita suka 5 hari pun akan terasa sangat singkat dan tidak cukup :)

OK kali ini saya akan membawa anda meneroka dasar laut Pulau Tenggol lagi kali ini saya akan membawa anda untuk night dive di Tanjung Gemuk ke Turtle Point, OK???? JOMMMM!!!!

Dibawah adalah antara beberapa imej yang akan saya kongsikan bersama anda





Saya sangat suka melakukan Night Dive di Tenggol kerana setiap night dive saya disana walaupun di tempat yang sama tidak pernah menghampakan saya, pasti ada kejutan antaranya di dive ini saya telah berjumpa dengan Nudibranch Hexabranchus ataupun nama glamour nya Spanish Dancer, 2 malam berturut-turut saya berjumpa dengan Hexabranchus. 




Selepas ini saya akan membawa anda untuk kita bongkar lagi dasar laut Pulau Tenggol di Dive Site yang lain, tidak semua subject dapat saya ambil untuk tatapan anda semua kerana saya akan mengutamakan divers yang mengikut saya dan memberi laluan kepada mereka dahulu untuk merakam gambar. 

Jumpa anda semua di dive site yang lain di artikel lain ;) 

A call-to-action text Contact us