:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Ahad, 16 Februari 2014

15 Februari 2014

DUNGUN - Buat julung kalinya, Jabatan Perikanan Terengganu mengesan seekor penyu agar yang ditandai di Indonesia telah naik bertelur di pantai Terengganu tahun lepas.

Pengarah jabatan itu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata penyu yang bertanda tag 271893 pada sayap kanan itu bertelur 82 biji di pantai Geliga Kemaman.

“Telur tersebut telah dieramkan dan berjaya menetaskan 72 ekor anak dan kesemua anak itu telah dilepaskan ke laut,” katanya.

Abdul Khalil berkata, penemuan penyu dari Indonesia itu menunjukkan bahawa penyu merantau begitu jauh untuk bertelur.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, 40 ekor penyu agar dan dua ekor penyu karah dijumpai mati di perairan Terengganu sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata, antara punca kematian penyu itu termasuklah terperangkap di dalam pukat pari yang dilabuhkan di laut oleh nelayan.

Menurut Abdul Khalil pada tahun lepas jabatan itu berjaya mengeramkan 621,821 biji telur penyu agar dan daripada jumlah itu sebanyak 464,918 biji telah menetas.

Beliau berkata, di negeri ini terdapat tujuh pusat penetasan penyu iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian, Setiu, Rantau Abang, Paka, Kerteh dan Geliga Kemaman.

Pada tahun lepas, kata Abdul Khalil, pihaknya mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM670,000 dan kerajaan pusat RM122,000 untuk program pengurusan penyu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Jabatan Perikanan telah merampas dan menyita enam peralatan rawai tanpa umpan di perairan santuari penyu Rantau Abang.  - Bernama

Sinar Harian

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us