:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Khamis, 5 Jun 2014

Selamat Datang ke Summer Bay, Pulau Lang Tengah

Kali ini saya akan membawa anda menerokai darat dan dasar laut Pulau Lang Tengah, ini juga adalah pertama kali untuk saya ke sini. Pulau Lang Tengah berada di antara Pulau Redang, Pulau Bidong dan juga Pulau Perhentian. Perjalanan menaiki bot laju dari Jeti Merang mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Jetti Summer Bay Resort

Kali ini saya dan 3 rakan seperjuangan lagi ke Lang Tengah untuk mengajar, mentauliahkan dan meramaikan lagi penyelam untuk bersama-sama kami menerokai dasar laut. Mungkin selepas ini giliran anda pula ;) 

Permandangan ketika sampai di Pulau Lang Tengah


Bilik nya yang serba baru lagi kemas dan juga disediakan TV

Alhamdulillah selamat sampai di Lang Tengah, perjalanan menaiki bot laju Explorer dengan twin 4 stroke engine sememang nya laju dan senyap, keadaan laut pagi ini pun boleh di ibarat seperti cermin.


Jom kita check in dulu dan gambar di atas adalah gambar tempat saya dan Adam selama 3 hari 2 malam di sini. Blok bilik yang saya tinggal ini masih baru dan anda masih lagi dapat menghidu bau simen, cat dan kayu baru. Bilik memang best tetapi yang tak bestnya adalah saya terpisah agak jauh dari laut dan bunyi ombak dan saya juga tak dapat menonton cerita kegemaran saya iaitu "Laut dan Sistem bunyinya" 

Gambar sebelah kiri adalah Resort batu, di sebelah kanan pula Resort Kayu dan yang paling utama adalah di tengah nya terdapat tempat rehat dan juga kolam renang.

Permandangan hari kedua sebelum ribut melanda

Dewan makan yang menyediakan perlbagai jenis makanan yang sedap

 Maaf kali ini saya tidak dapat berkongsi dengan anda semua gambar dasar laut Pulau Lang Tengah kerana kali ini saya mengajar dan saya tidak membawa kamera ketika mengajar. Semua gambar saya simpan dalam ingatan saya saja. Antara Dive site yang kami terokai adalah House Reef, Batu Bulan, Batu Kucing dan Blue Coral.

Peta Dive Site Lang Tengah 

Tetapi jikalau anda nak melihatnya juga JOM bersama saya ke Pulau Lang Tengah samada anda sebagai student Open Water Diver Course ataupun sebagai Leisure Diver, apamacam??? Pilihan di tangan anda!!! ada berani??? ;)


0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us