:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Selasa, 3 Jun 2014

Kebiasaannya Dive Trip datang dengan package 3 hari 2 malam untuk 5 dives, 4 hari 3 malam untuk 7 dives ataupun 5 hari 4 malam untuk 12 dives. Di Pulau dengan keindahanya dan dengan melakukan aktiviti yang kita suka 5 hari pun akan terasa sangat singkat dan tidak cukup :)

OK kali ini saya akan membawa anda meneroka dasar laut Pulau Tenggol lagi kali ini saya akan membawa anda untuk night dive di Tanjung Gemuk ke Turtle Point, OK???? JOMMMM!!!!

Dibawah adalah antara beberapa imej yang akan saya kongsikan bersama anda





Saya sangat suka melakukan Night Dive di Tenggol kerana setiap night dive saya disana walaupun di tempat yang sama tidak pernah menghampakan saya, pasti ada kejutan antaranya di dive ini saya telah berjumpa dengan Nudibranch Hexabranchus ataupun nama glamour nya Spanish Dancer, 2 malam berturut-turut saya berjumpa dengan Hexabranchus. 




Selepas ini saya akan membawa anda untuk kita bongkar lagi dasar laut Pulau Tenggol di Dive Site yang lain, tidak semua subject dapat saya ambil untuk tatapan anda semua kerana saya akan mengutamakan divers yang mengikut saya dan memberi laluan kepada mereka dahulu untuk merakam gambar. 

Jumpa anda semua di dive site yang lain di artikel lain ;) 

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us