:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Khamis, 3 Mac 2016

October dah berakhir dan berakhir jugalah dive season untuk tahun 2015. September dan October juga lah masa yang paling sibuk buat kami di Tenggol Island di sebabkan oleh Gentle Giant Whale Shark.

Hemmm dive season dah berakhir apa lagi jom kita pi jalan jalan dengan family pula, kali ini jom kita jalan jalan ke Perth, Australia. Ada pi diving juga ke? mungkin tak diving dan jalan jalan saja bersama keluarga. Kami terbang bersama Air Asia ke Perth, perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam, terbang bersama twin yang pertama kali menaiki kapal terbang agak mencabar juga, takut juga kalau penumpang lain jadi marah apabila twin ni menangis, Alhamdulillah penumpang AirAsia kali ini semua nya memahami situasi kami.

Pengalaman pertama menaiki kapal terbang bagi si kembar ini

Setelah tiba di Perth International Airport kami menguruskan dulu urusan kereta sewa yang akan kami guna selama kami di sana. 
Pilihan kami iaitu Nissan Pathfinder dan asalnya Hyundai tetapi telah di tukar kepada KIA.

Setelah selesai semua urusan kenderaan, kami pun bertolak ke homestay yang telah kami buat tempahan dari Malaysia lagi. Pilihan homestay ini memang tepat sekali kerana lokasinya yang tidak jauh dari airport dan di kelilingi oleh shopping mall termasuk lah Toy r us. 


 Homestay pilihan kami di Short Street, Cannington. Homestay yang selesa dengan 4 bilik dan 2 bilik air. Hanya dengan berjalan kaki sahaja dan tidak berpeluh kita telah sampai Toy R Us. Hari pertama kami di sini aktiviti yang utama adalah membeli bahan mentah dan barang dapur untuk memasak. Kami yang menjangka kan Perth ketika ini panas tetapi agak sejuk juga ketika ini, nasib baik lah kami ada membawa jacket bersama.


Cuti cuti kali ini bersama keluarga dan kami masing masing membawa anak kecil, jadi kali ini percutian yang agak rilek satu hari satu atau dua tempat dan selebihnya berada di shopping complex.  

Antara tempat yang kami lawati Fremantle market. Teruja melihat kesegaran buah buahan dan sayur sayuran. Kelihatan pengubahsuaian di bahagian luar untuk mencantikan lagi tempat ini. 

 AQWA Aquarium di Sorento Quay. Setiap kali ke Aquarium pasti teringat kat Mamat, Jerung, Kamal dan kawan kawan lain di Aquaria.

Antara registration number beberapa kenderaan yang menarik minat saya untuk mengambil gambar.

Mondo Nougat dan Halal wine.

Syok dapat lihat dengan mata sendiri, kalau tak asyik tengok di kedai saja. 

Jom beli chocolate, Aiskrim vanilla dia memang terbaekkk. 

Pelbagai jenis cheese di sediakan untuk para pelanggan di Cheese Barrel, Swan Valley. 

Yang lain semua sibuk dengan cheese aku pula sibuk mengambil gambar.


Respect!!! kemudahan yang sungguh memudahkan kepada ibubapa.

aku, laut dan kapal tak boleh di pisah kan.

Jalan jalan beli souvenir dan cari Fish & Chips di Freemantle. Hemm kenapa Fish & Chips kat sini sangat sedap ya. 

Jalan jalan Whiteman Park, Swan Valley

Jalan jalan Penguin Island. 

Setelah 10 hari di sini tiba lah masa untuk pulang ke tanah air, apa pengajaran yang baik disini kita terapkan kepada diri sendiri dan anak anak. InsyaAllah jika di panjangkan umur dan ada rezeki kita datang lagi, kali ini mungkin boleh selit diving sama kot hehehe. Hujan Emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, batu pun batu lah janji negara sendiri, betul tak? 

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us