:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mac 2016

October dah berakhir dan berakhir jugalah dive season untuk tahun 2015. September dan October juga lah masa yang paling sibuk buat kami di Tenggol Island di sebabkan oleh Gentle Giant Whale Shark.

Hemmm dive season dah berakhir apa lagi jom kita pi jalan jalan dengan family pula, kali ini jom kita jalan jalan ke Perth, Australia. Ada pi diving juga ke? mungkin tak diving dan jalan jalan saja bersama keluarga. Kami terbang bersama Air Asia ke Perth, perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam, terbang bersama twin yang pertama kali menaiki kapal terbang agak mencabar juga, takut juga kalau penumpang lain jadi marah apabila twin ni menangis, Alhamdulillah penumpang AirAsia kali ini semua nya memahami situasi kami.

Pengalaman pertama menaiki kapal terbang bagi si kembar ini

Setelah tiba di Perth International Airport kami menguruskan dulu urusan kereta sewa yang akan kami guna selama kami di sana. 
Pilihan kami iaitu Nissan Pathfinder dan asalnya Hyundai tetapi telah di tukar kepada KIA.

Setelah selesai semua urusan kenderaan, kami pun bertolak ke homestay yang telah kami buat tempahan dari Malaysia lagi. Pilihan homestay ini memang tepat sekali kerana lokasinya yang tidak jauh dari airport dan di kelilingi oleh shopping mall termasuk lah Toy r us. 


 Homestay pilihan kami di Short Street, Cannington. Homestay yang selesa dengan 4 bilik dan 2 bilik air. Hanya dengan berjalan kaki sahaja dan tidak berpeluh kita telah sampai Toy R Us. Hari pertama kami di sini aktiviti yang utama adalah membeli bahan mentah dan barang dapur untuk memasak. Kami yang menjangka kan Perth ketika ini panas tetapi agak sejuk juga ketika ini, nasib baik lah kami ada membawa jacket bersama.


Cuti cuti kali ini bersama keluarga dan kami masing masing membawa anak kecil, jadi kali ini percutian yang agak rilek satu hari satu atau dua tempat dan selebihnya berada di shopping complex.  

Antara tempat yang kami lawati Fremantle market. Teruja melihat kesegaran buah buahan dan sayur sayuran. Kelihatan pengubahsuaian di bahagian luar untuk mencantikan lagi tempat ini. 

 AQWA Aquarium di Sorento Quay. Setiap kali ke Aquarium pasti teringat kat Mamat, Jerung, Kamal dan kawan kawan lain di Aquaria.

Antara registration number beberapa kenderaan yang menarik minat saya untuk mengambil gambar.

Mondo Nougat dan Halal wine.

Syok dapat lihat dengan mata sendiri, kalau tak asyik tengok di kedai saja. 

Jom beli chocolate, Aiskrim vanilla dia memang terbaekkk. 

Pelbagai jenis cheese di sediakan untuk para pelanggan di Cheese Barrel, Swan Valley. 

Yang lain semua sibuk dengan cheese aku pula sibuk mengambil gambar.


Respect!!! kemudahan yang sungguh memudahkan kepada ibubapa.

aku, laut dan kapal tak boleh di pisah kan.

Jalan jalan beli souvenir dan cari Fish & Chips di Freemantle. Hemm kenapa Fish & Chips kat sini sangat sedap ya. 

Jalan jalan Whiteman Park, Swan Valley

Jalan jalan Penguin Island. 

Setelah 10 hari di sini tiba lah masa untuk pulang ke tanah air, apa pengajaran yang baik disini kita terapkan kepada diri sendiri dan anak anak. InsyaAllah jika di panjangkan umur dan ada rezeki kita datang lagi, kali ini mungkin boleh selit diving sama kot hehehe. Hujan Emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, batu pun batu lah janji negara sendiri, betul tak? 

Rabu, 5 Mac 2014

THIS AWFUL WINTER IS NO MATCH FOR THE TOYOTA TACOMA POLAR EXPEDITION TRUCK



Instead of fretting over whether your sedan can handle the next snow storm, perhaps you should sell a large quantity of your possessions and buy this Toyota Tacoma Polar Expedition Concept Truck. Hey, you can always win the lottery later.


The one-off vehicle was designed to traverse the wintry landscape of Antarctica, and did just that in 2011 when Jason De Carteret broke records in it.


Complete with four racing seats, a 4-liter V6 supercharged engine, an all steel body, and the ability to carry 330 gallons of gas (let that sink in for a sec), it truly is a beast. Not sure what the final bid will be, but considering it cost over $400k to create, you might just want to attach a plow to your ride instead.

Source

Selasa, 18 Februari 2014

Selepas menyambut hari kemenangan kembali lah aku kepada fitrah manusia, kembali makan dan minum di siang hari. Aku pun meneruskan kehidupan di sini seperti biasa. Di sini kurang aktiviti jadi tak menjadi masalah pun kalau kena bekerja dari pagi sampai ke pagi. 


Disini biasanya aku bersarapan di Burger King atau Juicy Parties tetapi  aku lebih suka makan di Tastee ataupun  Juici Patties kerana ia makanan orang Jamaica, ia juga boleh di makan dengan coco bread di luarnya, rotinya lembut dan sedap, aku suka! 

Ackee Salt fish ini memang menjadi pujaan hati ku! 

Pertama kali aku merasa ackee salt fish ketika aku dan Kamarul outstation ke Montigo Bay, sarapan pagi yang disediakan oleh hotel adalah ackee salt fish, mulanya aku fikirkan telur goreng hancur rupanya tidak, ia adalah dari sejenis buah yang hanya terdapat di Jamaica. Sekali dah rasa selepas tu asyik mencari saja lah ackee salt fish.


Antara gambar pemandangan dari atas bumbung di Jamaica.

Aku pun telah berpindah ke rumah baru, rumahnya kecil satu bilik. Rumah aku ni kurang sesuai untuk masak dan berkumpul ramai ramai kerana sangat kecil, maximum tiga orang saja, kalau lebih tak tau nak duduk mana dah.



Rumah nya kecil, cantik, bersih dan menarik, di sini penduduk nya sangat suka dengan barangan yang di buat dari besi, lihat saja meja dan kerusi makan di dalam gambar diatas. Minggu pertama aku tidur di bilik ini memang masalah bangun tidur sebab gelap tak ada cahaya masuk langsung, hari hari berikutnya aku akan buka tirai biru tu dulu sebelum tidur.

Di Stadium Kelab Bolasepak terkemuka di Jamaica, jangan pandang Stadium ini sebelah mata ya!, Jamaica pernah ke Piala Dunia dengan Stadium ini.

Sedar tak sedar dah lapan bulan aku di Kepulauan Caribbean, sampaikan bercakap dengan pemandu pun dah tersasul bercakap melayu hehehe. Ada sekali tu aku dan Zam mengejar sebuah MPV kerana aku ternampak lambang negeri Pulau Pinang, sampai macam tu sekali. 

Sebelum balik ke tanah air, seperti biasa rakan-rakan yang telah lama di sini  bawa aku makan lobster di Hellshire Beach. Lobster goreng, Steam fish Jamaica style, fish soup dan tak lengkap kalau tak oder Festival. Gambar-gambar tentang makanan di Jamaica akan saya masukan di episode yang lain kerana gambar makanan tahun 2006 tak ada dalam simpanan, jadi kita ke tahun tahun yang lain. 

Jom kita selesaikan urusan nak pulang ke Malaysia, packing barang, tukar tarikh tiket, makan makanan kegemaran, shopping sikit alamak beg dah berat ni! dan urusan urusan yang sewaktu dengan nya. 
Semua dah selesai, para sahabat menghantar aku ke Kingston Airport dan bermula lah perjalanan pulang ke Malaysia melalui London dan seterusnya KLIA. Kita jumpa di London!  











Ahad, 16 Februari 2014

Taiping Bandar Warisan

Kalau kita bercuti di mana-mana tempat antara yang paling menarik ketika bercuti adalah makanan. Pasti anda semua ada tempat yang menjadi favourite, contohnya kalau kita ke Penang pasti ada kedai nasi kandar yang menjadi pujaan hati kita kan? Kalau di Alor setar pulak pasti tak lengkap kalau tak pekena Nasi Lemak Royale kan? Kali ini saya akan bawa anda jalan-jalan di Taiping dan layan makanan yang menjadi pujaan hati di Taiping.

Perjalanan tampa di rancang bersama keluarga dari Kuala Lumpur ke Taiping melalui jalan Kuala Selangor. Siapa tak kenal dengan Kuala Selangor, tempat untuk memancing, kedai seafood yang sedap, produk makanan laut dan membeli ikan basah yang fresh dari pasar. Kalau dulu di zaman logo "burung merpati" aku, Zali dan Rizal memang menjaga site area sini, terkonang jua lah juga masa masa bersama mereka kerana mereka lagi terer dari aku tentang jalan raya, makanan, lubuk ikan, dan pasar pasar sekitar sana. Sampai saja di Kuala Selangor perut pun dah bermain muzik keroncong zaman berzaman, apa lagi kami singgah makan dulu di kedai makanan laut sambil menikmati pemandangan sungai nya. Kelihatan juga beberapa buah speed bot keluar membawa pelangan mereka untuk melihat kelip kelip, ini antara perkara yang belum aku dapat buat, Inn Sya Allah lain kali kita buat.

Singgah makan malam di Restoran Makanan Laut River View

Perkara pertama biasanya kami tiba di Taiping adalah untuk melapur diri kepada Bonda dulu hehehehe, jangan beb murka bonda nanti! Selepas itu baru lah melakukan aktiviti melayan hobi anak dan hobi bapa nya pulak iaitu makan hehehe.

Kedai pertama yang akan saya bawa anda semua ada lah kedai Popia Basah yang menjadi pilihan aku dari kecil sampai lah sekarang ni, dihadapan popia basah ini pula terdapat satay yang menjadi pujaan hati rakyat Taiping iaitu " Basri Satay "

Bangunan Larut Matang di bawah nya terdapat banyak kedai makan, kalau di lihat dari kiri " Famous Omar Popiah Taiping ", " Basri Satay " dan dikanan sekali " Mee Kombat "

Famous Omar Popiah Taiping, Popiah basah yang tersedap di Malaysia

Ini lah rupanya popiah yang tersedap di Malaya

Disamping popiah terdapat juga nasi lemak bungkus, harganya masih di bawah RM1.

Saya tidak meminta minuman kerana saya ada minuman yang teringin hendak di minum, ini juga kedai fav saya dari kecil sehingga sekarang

Ais Bo Bo Cha Cha

Rasanya masih tetap sama dari dulu sehingga sekarang

Selepas selesai bab makanan ini kami bercadang untuk ke Zoo Taiping, tetapi apakan daya hujan turun dengan lebatnya dan terpaksa lah kami tangguhkan hasrat itu. Tetapi Zoo Taiping juga di buka sebelah malamnya dan di namakan "Night Safari".

Tepat 8:00 malam kami pun keluar dari rumah Bonda menuju ke Zoo Taiping Night Safari. Tiket juga telah ada, apa lagi jommmm kita masuk Zoo Taiping! Disebabkan malam dan kawasan Zoo juga agak luas, kami bercadang untuk menaiki perkhidmatan bas elektrik yang di sediakan, memang menarik Zoo di buka pada malam hari kerana kebanyakan haiwan yang selama ini tidak pernah kami lihat di siang hari aktif di malam hari, memang seronok!

Kawasan gajah yang telah di naik taraf

Bergambar bersama buaya tiruan

Hari ini saya akan membawa anda semua bermula dengan sarapan di kedai fav saya iaitu Restaurant Bismilah, kedai nya terletak di Bandar Taiping, yang menjadi fav dan kegilaan saya adalah kuah hitamnya yang juga terdapat serbuk kelapa dan di makan bersama roti canai, saya pasti ramai yang telah mencuba dan memang sedap kan?

Hajat di hati untuk naik ke Bukit Maxwell selepas bersarapan, tetapi tiket telah habis, terpaksalah kami menunggu jam 3:00 pm untuk naik ke atas. Jom kita mengisi masa yang ada dengan menunggang kuda dan senaman mengayuh Angsa di Taman Tasik Taiping hehehehehe, berpeluh peluh di buatnya janji anak happy!

Sukanya dia dapat naik kuda 

Masa untuk mengayuh angsa! Tahniah kepada pihak pengurusan kerana menggunakan bot yang mengunakan kuasa solar, Tahniah!!

Petang itu 3:00pm dengan hujan agak lebat kami menaiki Land Rover Defender 110 TDi300 naik ke Mexwell Hill, lama juga tak naik ke atas ni. Kelihatan masih ramai yang beriadah berjalan mendaki bukit hingga ke perhentian perhentian yang di sediakan. Di atas kami hanya menikmati permandangan yang indah dan cuaca yang agak sejuk.

Kenderaan kami mendaki dan di atas Mexwell Hill

Antara pemandangan di atas Bukit Larut 

Titi Gantung dan Defender 110 sedang mendaki.

Jalan yang berliku liku boleh menyebabkan dua keadaan, satu mabuk dan dua lapar hehehe, jom kita pi makan lagi! Kali ini saya nak bawa anda makan ke kedai Mee Combat, garang kan nama dia kan? Abang askar ke ni? hehehehe. Sebenarnya Mee Combat ini ada Mee goreng mamak, jika anda kena sekali pasti mee kedai mamak di KL anda tak makan dah! Saya oder sepinggan saja, tetapi anak saya amat menyukainya dan kami berkongsi mee tersebut.

Pelanggan sedang menikmati Mee Combat 

Mee Combat, Mee Mamak yang terbaekkk

Tidak sempurna di Taiping jika anda tidak pekena Cendol yang bagi saya cendol yang terbaekkk di Malaya, jommm kita pekena cendol dulu!

Selamat Datang ke " Restoren Ansari Famous Cendol "

Tidak lengkap berada di Taiping jika anda tak pekena cendol Ansari

Semua makanan dah rasa, anak pun dah happy dapat main macam macam, cendol pula menjadi pelengkap di Taiping maka dengan rasminya dah boleh bertolak balik ke Kuala Lumpur. Saya akan bercerita lagi tentang kedai makan yang menjadi pujaan hati saya di Taiping Bandar Warisan 2.



A call-to-action text Contact us