:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Memaparkan catatan dengan label Aku dan Laut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku dan Laut. Papar semua catatan

Selasa, 1 Mac 2016

Kali ini kita akan bercerita tentang Liveaboard Aquila ke Pulau Tenggol pada April 2015. Ini adalah satu cara para diver melepaskan gian mereka untuk diving. Ada setengah diver sememangnya suka dive dengan liveaboard, antara sebabnya  adalah kebanyakan liveaboard memberi package unlimited dive with safe limit, semua diver juga akan makan tidur dan dive di atas liveaboard ini. Liveaboard juga ada kategori nya dari yang budget sehingga lah kepada yang semewah mewahnya, tepuk lah dada tanya selera ;)

Liveaboard Aquila di Kemaman.  

Wheelhouse

Trip kali ini saya membantu DM Chon untuk semua urusan diving termasuklah guiding. Selepas selesai solat Jumaat, Aquila pun bertolak ke Pulau Tenggol dengan anggaran perjalanan selama 6 jam atau lebih bergantung atas faktor cuaca.

Permandangan Pulau Tenggol awal pagi dari Aquila 

 Antara kelebihan dengan liveaboard ini, anda semua dapat belajar tentang term yang akan di gunakan antaranya Stern, Bow, Starboard, Winward, Starboard Side, Port Side, Head, Galley, Wheelhouse dan sebagainya. Untuk keterengan lanjut boleh lah untuk Signup Specialty Padi Boat Diving atau Padi Advance Course.

Tiada apa yang menarik dengan trip liveabord ini selain dari Eat, Sleep, Dive and Repeat, begitulah seterusnya selama 2 hari kami bersama liveabord ini.Pada sebelah malam pula selepas dive kita makan dan selepas itu boleh mononton movie ataupun karoke ;)

Explore Fisherman Shipwreck.
Ini adalah salah satu favorite dive site saya kerana terdapat pelbagai spesis nudibranch di sini. 

Pulau Tenggol yang memang terkenal dengan coral nya yang sihat. Pernah saya guiding sekumpulan Mat Salleh dan mereka cuma hendak menikmati keindahan coral sahaja, terbalik pula dengan diver kita yang  kebanyakanya lebih kepada ikan ikan besar. Apa apa pun semua itu terpulang kepada diver itu sendiri apa yang mereka minat. 

Antara gambar keindahan Pulau Tenggol dari Liveaboard Aquila

Antara lain yang menarik perhatian kami adalah ketika kami dalam perjalan ke Tokong Timur dan Whale Shark telah menunjukan dirinya di permukaan, tetapi sayang kami tak bertemu dengan gantle giant tersebut ketika diving.

Terpancar wajah kepuasan para diver setelah selamat kembali tiba di Kemaman. Semoga anda semua berpuas hati dan akan kembali EAT, SLEEP, DIVE & REPEAT bersama kami. Terima kasih kepada semua yang divers dan semua yang terlibat. 

Untuk sebarang pertanyaan tentang Liveaboard Aquila ini boleh la email kepada saya shafuanz@gmail.com


Isnin, 29 Februari 2016

Saban hari sukan scuba diving ini semakin popular dan tidak hairan semakin ramai orang mengambil Open Water Dive Course. Kali ini saya akan bercerita tentang Open Water Dive Course di Tenggol Coral Beach Resort yang melibatkan 9 orang gadis dan kami namakan group ini Princess. Saya juga di bantu oleh 3 Dive Master In Training iaitu Walter, Azrul dan Nadia.

Open Water Dive course ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama iaitu Theory, Quizzes dan Final Exam. Kali ini kami bersetuju agar kelas di lakukan di Starbuck dengan alasan senang nak beli dan minum kopi hehehehe.

Kelas untuk group yang pertama

Kelas untuk group yang ke dua

Setelah selesai bahagian yang pertama iaitu Theory, Quizzes dan Final Exam baru lah kita akan ke bahagian yang ke-2 iaitu Confined Water Session di kolam renang. Tiba tarikh yang telah di tetapkan maka bermulah bahagian yang ke-2 ini yang berlangsung di PJ Palm Sport Centre di Petaling Jaya.

Deep Water Entry

Sempat lagi nak bergambar sebelum entry

Bila melibatkan student yang ramai, saya akan bahagikan kepada 2 atau 3 kumpulan dan Princess boleh memilih tarikh dan masa yang bersesuaian dengan mereka.

Bahagian ke-2 pun telah selesai dan sekarang tiba lah bahagian yang terakhir iaitu 4 Open Water Dive. Seperti yang di rancang kami akan ke Tenggol Island dan kami akan menginap dan dive bersama Tenggol Coral Beach Resort. Kali ini di sini saya di bantu oleh Instructor Cikgu Azran dan DMT Walter.

4 daripada 9 Princess 

Love formation yang berjaya di lakukan oleh Princess. Gambar ini berjaya di rakam oleh Cikgu Azran pada leisure dive yang pertama untuk princess.

Syukur dengan bantuan Cikgu Azran dan Walter, Open Water Dive Course ini telah berjalan dengan lancar dan Princess telah melakukan dengan baik sekali dan mereka berhak untuk untuk gelaran Padi Open Water Diver.


Setelah Princess melengkapkan bahagian yang ke-3 akhirnya Princess semua telah menamatkan Open Water Dive Course ini dan pada sebelah malam nya diadakan Graduation Night iaitu menyampaikan Padi Open Water Temporary Card yang valid selama 90 hari dan diadakan juga snorkel test untuk kesemua Princess dan malangnya Walter dan saya juga telah di paksa oleh Princess untuk melakukan snorkel test juga, Cikgu Azran yang bernasib baik sebab awal awal dia sudah menghilangkan diri. Apa apa pun Princess dan kami semua enjoy selama course ini berlangsung dari mula hingga ke akhir.   


Hari terakhir dan sebelum kami keluar ke tanah besar, kelihatan Princess yang sangat happy setelah menamatkan Open Water Dive Course. Semoga kita akan mendapat peluang untuk dive bersama sama lagi dan terima kasih kerana memilih saya sebagai Instructor anda semua dan terima kasih juga kepada Cikgu Azran dan Walter kerana membantu sepanjang course ini berjalan. Terima kasih juga kepada semua staff Tenggol Coral Beach Resort.

Khamis, 25 Februari 2016

Saat yang paling best adalah ketika nampak ketibaan nya dari jauh.

Setiap tahun bulan August sehingga October adalah bulan yang di tunggu oleh pengemar scuba diver yang masih mencari dan yang merindui untuk bertemu dengan Whale Shark.

Pada tahun 2015 pula Whale Shark mula kerap menampakan dirinya pada bulan September dan October.



Bila dapat berjumpa Whale Shark merupakan satu kepuasan kepada para diver. Ada antara diver yang telah diving lebih dari 15 tahun pun masih tidak dapat berjumpa dengan makhluk yang besar dan lemah lembut ini. Ada juga yang melakukan solat syukur setelah bejumpa dengan makhluk besar bermata kecil ini. Ada juga yang berjumpa dengan 3 ekor Whale Shark beruntung betul mereka itu.


Alhamdulillah tahun ini juga saya dapat menghabiskan satu dive lebih kurang 45 minit bersama Whale Shark ini, puas rasanya bila berenang dan bersama sama dengan dia selama 45 minit,

face to face with gentle giant

Ini adalah antara keunikan Pulau Tenggol, InsyaAllah Whale Shark akan menunjukan dirinya setiap tahun selain daripada Nudibrancs yang bermacam macam jenis.

Setelah puas bermain dengan kami selama 45 minit, akhirnya tiba masa untuk  dia meneruskan perjalanan. Sehingga kita bertemu kembali.


Tahun 2016 telah tiba dan dive season akan dibuka dalam beberapa hari saja lagi. Seperti biasa saya salah seorang yang masih dive di Tenggol tanpa jemu untuk terus menerokai dasar laut, menikmati keindahanya.

Kalaulah hujung minggu ini saya bertemu dengan Whale Shark maksudnya sepanjang tahun lah semua resort pasti akan penuh dengan pelanggan :)

Rabu, 24 Februari 2016

Selamat menyambut tahun baru 2016 kepada semua.

Kali ini saya akan bercerita tentang Project Aware di Pulau Tenggol pada Mac 2015 kerana pada minggu ini akan berlangsung lagi sekali Project Aware di Pulau Tenggol untuk tahun 2016.

Tahun ini program akan berlangsung dari 26 hingga 28hb Mac 2016. Semoga kita dapat mengumpul lebih banyak sampah dari darat dan lautan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan menjayakan program ini. Semoga tahun ini program ini lebih berjaya dari tahun lepas. TAHNIAH kepada semua !!!

Gambar semasa program tersebut 

Program berlangsung di Tenggol Coral Beach Resort yang sememangnya aktif dan akan menganjurkan program ini paling kurang pun setahun 2 kali. Tahniah !!!

Project Aware Pulau Tenggol 

Antara sampah yang berjaya di kumpul sepanjang program berlangsung. Sampah ini akan di asing kan mengikut kategori dan juga akan di timbang. Semoga kita semua tergolong dalam Orang yang menyayangi lautan dan sungai.

Kipidap and Dongibab ;)

Bersama Cikgu Nan dan Dive Master Qito. Pada sebelah malam Cikgu Nan memberi taklimat dan berkongsi cerita tentang laut bagi pihak Jabatan Taman Laut. Terima kasih Cikgu Nan!!!

Abang abang hensem dari Jabatan Taman Laut yang banyak membantu sepanjang program ini berlangsung.

Khamis, 11 September 2014

Sekali lagi saya menghilang untuk jangka masa yang lama kerana terlalu sibuk dengan Underwater World, semakin monsoon menghampiri, semakin sibuk la pulau pulau di pantai timur semenanjung, saya adalah antara yang terlibat dalam kesibukan sebelum monsoon tahun ini.

Tenggol ada lah tempat yang menjadi kegemaran saya kerana kaya dengan hidupan macro, yang paling menarik perhatian ada pelbagai spesis Nudibranch. 


Kali ini saya nak memperkenalkan sahabat baru saya, selalunya saya kenalkan yang kecik kecik tetapi kali ini saya nak kenalkan yang besar pula iaitu Whale Shark :) 


Setiap tahun Tenggol juga menjadi tempat singgah untuk whale shark, InsyaAllah dalam bulan Julai Ogos dan September mungkin kita akan dapat berjumpa dengan Whale Shark ini. 



Gambar gambar di atas di ambil pada 7/8/2014 untuk pertama kali untuk tahun ini saya berjumpa dengan sahabat besar saya ini. Sehingga hari ini saya masih lagi mengharap untuk terus berjumpa dengan sahabat besar ini, InsyaAllah masih ada lagi beberapa trip untuk saya ke Pulau Tenggol. 

Tips untuk anda yang berminat untuk datang ke sini, Pulau Tenggol tidak sama macam pulau pulau lain yang ada boleh datang sesuka hati, semuanya mesti di tempah terlebih dahulu. Tiada bilik backpackers dan tiada kedai makan. Walaupun anda sudah membuat tempahan tetapi tidak membuat bayaran pendahuluan, tempahan itu mungkin boleh berpindah tangan. Tempat disini adalah terhad. Jadi, jika anda berminat sila Booking dan Deposit, sangat penting ;)

Khamis, 26 Jun 2014

Mural Painting at Dive Center Tenggol Coral 

Saya akan berkongsi dengan anda selaman saya di Fisherman Ship Wreck bersama 3 orang lagi rakan Underwater Brotherhood.

Kebiasaan pada malam terakhir di pulau semua orang berkumpul makan, minum, bersembang, main game yang di sediakan di resort di tambah lagi dengan muzik dan World Cup 2014. Tiba tiba datang la si Dennis dengan serius nya berkata "hey i'm planning to do morning dive, if you want to join be at dive center at 6:30am and 7:00am we start to swim to Fisherman Ship Wreck" mulanya ingatkan gurauan semata hehehe rupa rupa nya dia memang serius.

Fisherman Ship Wreck dari depan, terletak tidak jauh dari pantai dan di kedalaman 18-23 meter  


seperti yang dijanji kan 6:30am saya dan Zharif dah tercegat di dive center menunggu yang lain, cuma 2 orang saja yang muncul iaitu Dennis dan MC. OK jom bersiap, gear up, buddy check dan let's go...

Bersiap sedia


Dinda oh Dinda !!! di mana dinda ??? ;)

Sementara menunggu dua nudi tersebut berjalan untuk bertemu antara satu sama lain saya mengambil gambar nudi spesis yang lain dulu.

Akhirnya bertemu juga pasangan ini ;)

Setelah 61 minit didalam air tiba untuk kami menamatkan dive tersebut, sebabnya nak basuh barang lagi, nak keringkan barang lagi kerana dalam jam 10am kami akan keluar dari Pulau Tenggol. Tak banyak gambar yang saya ambil untuk di kongsikan tetapi saya menumpukan perhatian untuk 2 jenis ini saja. OK semua, nanti bersama sama saya kita mengembara di dasar laut lagi yaaaa...

Isnin, 17 Mac 2014


Bangun Pagi, Gosok Gigi, Ambil Wuduk, Solat dulu, tunaikan yang wajib dulu dan baru lah syok untuk kita meneruskan aktiviti diving untuk hari ini. Sarapan juga disediakan oleh DM merangkap Chef untuk trip ini, jangan tanya makan apa sebab dah tak ingat sarapan apa pagi tu hehehehe.

Semua dah sedia, Van pun dah sedia untuk membawa kami ke Jeti. Apa lagi jommm kita menyelammmm.

Peta Pulau Weh dan Dive Site


Semua sudah bersedia dan tidak sabar untuk melakukan dive yang pertama. Antara Diver yang menyertai trip kali ini.



Surface Interval, minum dan rehat dulu. Jom pekena kopi di "Mum Cafe" dan sambil itu kita dapat melihat bahan-bahan yang telah tersedia untuk dijadikan tukun tiruan.  




Jom kita bongkar isi laut Pulau Weh ini, di bawah adalah antara gambar edisi membongkar dasar lautnya, terima kasih kepada Kaz dan Gordon di atas gambar-gambar dasar laut Pulau Weh 















Tiada apa lagi yang mengembirakan divers selain dari dapat menyelam, explore dasarnya dan menikmati permandangan yang indah di dasarnya. Boleh dikatakan semua diver yang diving di hari pertama ini amat berpuas hati dengan semua dive yang di lakukan hari ini.

Semua dah enjoy dan agak penat, masa untuk pulang ke darat dan berehat, kita cas battery camera dan paling penting battery diri sendiri.

Ikuti sambungan Dive di Pulau Weh di hari-hari berikutnya dalam Aku&Laut::: Dive Pulau Weh 3

Artikel Berkaitan
A call-to-action text Contact us