:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Sabtu, 1 Februari 2014

Disini jikalau aku berselisih dengan orang tempatan mereka mesti menanggil aku dengan pangillan "Carib" atau "Indian" aku pun tidak tahu kenapa aku di panggil Carib atau Indian. Setelah beberapa lama di Dominica baru lah aku tahu sebabnya "Carib Territory"

Daerah ini adalah khas untuk orang Carib iaitu orang asli Caribbean, yang wajah mereka hampir sama dengan wajah orang melayu kita, kalau wajah sahabat saya Millie yang berasal dari Sarawak memang saling tak tumpah, confirm orang Carib hehehe, bayangkan dia masuk ke Dominica, Immigration pun tak mahu cop passport dia.

Persembahan traditional Carib Indian. Bila masuk ke kawasan Carib ni lah baru lah aku tahu punca orang tempatan memanggil aku dengan nama Carib atau Indian.

Kenangan bersama Sham di salah satu cell site.

Selama 4 bulan kami di sini, aku dan Mat Kun boleh di katakan hari hari kami makan malam di sebuah kedai kecil yang cuma ada 3 menu, 1. Ikan Steam, 2. Ikan Goreng, 3. Pisang Goreng yang di potong seperti fries.
Permulaan nya kami makan agak mahal, lama kelamaan bila dah kenal pemilik kedai yang bernama Ki Man, dia mula menyimpan ikan untuk kami dan harga pun semakin murah dan kegilaan aku pada laut membuatkan sampai aku menjadi nalayan di sana menangkap ikan bersama Ki Man hehehehe. Dari dulu sampai sekarang di sini lah ikan steam paling sedap dalam dunia yang pernah aku rasa, tak percaya boleh tanya mat Kun, Zarizi, Yasmir Ujang, Sham dan Millie kalau mereka pernah rasa la.

Ki Man sedang mengambil pesanan makanan

Kedai kecil cuma 3 menu tetapi setiap malam penuh dan jikalau lambat pasti tak dapat makan

Aku ke laut menangkap ikan bersama Ki Man, tetapi aku tak paham sepatah haram pun bila meraka bercakap bahasa lama iaitu creole. Setiap kali sebelum aku ke laut pasti Mat Kun akan meminta passport aku untuk di simpan, senang nak buat urusan katanya kalau lah terjadi sebarang perkara yang tak di ingini. 


Trafalgar Fall bersama Eg dan Mat Kun

Trafalgar Fall bersamaYasmir Ujang, Mat Kun & Eg

Masih lagi mencari tempat pengambaran Pirates Of The Caribbean

Aku dan Ki Man asalnya nak pergi tangkap ikan akhir nya terjebak kat weekend party 

Mari membeli baju, tapi aku lupa nak beli fridge magnet :(

ikan apa kan ini? Ini lah sebahagian dari ikan marlin

Ikan Sardine

Kat sini lah aku dgn Mat Kun mencuba makan bermacam-macam jenis ikan, asal nampak orang jual ikan marlin di tepi jalan pasti berhenti dan beli, ikan sardine pun beli, nampak orang bawak ikan lepas membedil ikan pun kami minta beli, pendek kata macam macam ikan lah kami rasa, tetapi ikan marlin lah yang paling tak sedap keras dan tak ada rasa tetapi tongkat ali pun kalah, tak percaya? kena cuba sendiri atau tanya Mat Kun dan Sham ;) 

Ikuti sambungan nya di jelajah Dominica 2006 - Dominica Part 1 , Dominica Part 2 & Dominica Part 3


0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us