[Gambar] Penemuan mengejutkan, jerung zaman purba di Florida | NELAYAN di Teluk Mexico terkejut apabila pukatnya bukan saja penuh dengan hasil tangkapan udang, malahan turut memerangkap seekor jerung yang dikenali sebagai Goblin Shark kerana rupanya yang buruk.
Dianggarkan sepanjang enam meter itu, spesis yang jarang ditemui sejak lebih 10 tahun lalu itu terperangkap dalam pukat udang di perairan barat Florida, Amerika Syarikat.
Berwarna merah jambu gelap, nelayan itu terkejut apabila pukat udangnya turut diselit dengan jerung zaman purba itu.
"Ia memiliki paruh panjang dengan gigi yang tajam, bagaikan fosil hidup.
"Saya tidak tahu apakah ia terutama apabila melihat rupa dan giginya," kata nelayan, Carl Moore.
Bagaimanapun, saintis kecewa apabila Moore melepaskan jerung berkenaan selepas merakamkan gambarkan.
Berdasarkan gambar itu, saintis berpendapat ia spesis jerung betina yang hidup di laut dalam dan boleh berubah warna kepada hitam jika berhadapan ancaman.
Paruhnya dikatakan berupaya mengesan mangsa walaupun dalam situasi ia tidak dapat melihat atau mendengar.
Spesis jerung goblin ini memakan ikan, termasuk jerung dan pari, selain ketam, udang serta hidupan laut lain.
Moore menangkap jerung itu pada 19 April lalu, bagaimanapun hanya melaporkan kepada National Oceanic and Atmospheric Administration pada Jumaat. -AP
Sumber Lulu-pages
0 comments:
Catat Ulasan