Hari ini Admin Sifu Scuba mahu berkongsi tentang Emergency First Response - Primary & Secondary Care. Instructor Miee sedang mengajar seorang student nya di dalam kelas, rupa-rupanya ada lagiseorang budak perempuan bernama Aida duduk di barisan hadapan dengan penuh minat melihat video dan cara-cara melakukan CPR kepada studentnya. Apabila tiba waktu rehat, kelihatan Aida sedang cuba mempraktikan apa yang dilihat nya tadi.
Sebenarnya Course Emergency First Response - Primary & Secondary Care kita boleh katakan ianya penting, bukan hanya untuk anda bergelar Rescue Diver malah ilmu ini kita akan kita gunakan dalam harian kehidupan kita. Jika anda tidak belajar kursus ini, tahukan anda untuk melakukan CPR? katakan anda sedang berkonvoi motosikal dan terjadi kemalangan, adakah anda tahu apa yang sepatutnya anda lakukan? Kesedaran kita tentang ini amat kurang lagi, pasti anda pernah melihat orang beramai-ramai mengangkat mangsa kemalangan tanpa melakukan sebarang pemeriksaan, betul tak?
Kursus ini bukan saja untuk menjadi diver, malah semua warga patut mengambil kursus ini. Kemalangan berlaku tiada tanda, tiada bau, jadi kita perlu bersedia.
Fikir-fikirkan lah!!! Berminat mengikuti kursus Emergency First Response hubungi Admin Sifu Scuba.
0 comments:
Catat Ulasan