:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Sabtu, 8 Mac 2014





Sekali lagi Instructor aku mengajak ke Pulau, aku pun OK saja maklum la dah kemaruk nak diving hehehe. Kali ini kita ke Pulau Aur, kat mana pulau ni? Tak pernah dengar pun, best ke? Begitulah antara persoalan di dalam fikiran aku. Kalau lah aku ni tak jadi diver, mau sampai ke hari ini aku tak pernah dengar nama Pulau Aur.


Pulau Aur terletak di Laut China Selatan dan bersebelahan dengan Pulau Dayang. 

Sebelum ke Pulau Aur, Instructor aku ni ada mencadangkan supaya aku membuat Course Advance Open Water, ok juga dengan cadangan beliau dan aku pun bersetuju untuk membuat Advance Open Water Course.

Teringat aku kepada soalan Open Water Diver Course 
"What's the purpose of  PADI System of continuing education?"  
Jawapan nya ::: " Meet People, Go Places, Do Things "


Sampai masa untuk kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Jeti Tanjung Leman, seperti biasa kami akan berkongsi kereta, jadi aku akan berkongsi kereta dengan orang yang tidak aku kenali, maka pada hari tersebut aku telah mendapat kawan baru iaitu tuan ampunya Nissan Frontier Mr. Zalman, Veronica dan seorang lagi amoi yang aku lupa nama nya dan ramai lagi kenalan baru yang bersama-sama kami ber konvoi ke Jeti Tanjung Leman. Perjalanan ke Tanjung Leman memang jauh dan amat memenatkan sehinggakan kami semua sampai tersangat lah lewat ke Jeti tersebut tetapi Mr. Zalman kita memang "soldier" beliau drive berjam-jam dari KL sampai lah ke Jeti Tanjung Leman, Respect!!!

Sampai saja di Jeti, kami pun bersiap sedia untuk memulakan perjalanan dengan bot kayu ke Pulau Aur, perjalanan berjam juga dengan bot kayu ke sana. Kami bertolak selepas tengah malam dan tiba di Pulau Aur pagi nya. Sampai saja ke Pulau Aur kami pun di beri Welcome Drink dan seterusnya check in bilik. Selepas itu apa lagi kami pun bersiap-siap lah untuk checkout dive dan dive, dive dive sampai lebam hehehe.









Pemandangan Resort juga amat menarik dengan kedudukan nya yang bertingkat-tingkat di sebabkan struktur pulau tersebut yang berbatu-batu. Terasa sangat aman bila anda di sini begitu juga bila anda di ruang makan yang terbuka anda dapat menyaksikan permandangan yang cantik dan hidupan laut yang banyak di bawahnya. 




Untuk melengkapkan Advance Open Water Course aku akan melakukan 5 open water dive dan mencuba 5 Specialty Course di dalam system PADI, jadi aku melakukan 5 dive berikut 
  1. Deep Dive - Wajib
  2. Underwater Navigation - Wajib
  3. Peak Performance Buoyancy
  4. Drift Dive
  5. Night Dive   
Antara pengalaman yang tak dapat aku lupa ialah ketika melakukan Underwater Navigation, ketika ini lah aku pertama kali dive seorang saja melakukan navigation terasa sungguh sunyi hidup ini. Drift Dive di siang hari lain rasanya, Drift dan Night Dive sedikit mencemaskan untuk orang baru macam aku, tapi anda jangan takut kerana Instructor Anda akan sentiasa hampir dan sentiasa memastikan anda berada bersama nya. Selesai sudah semua skill diatas, dengan rasminya juga aku telah bergelar Advance Open Water Diver.




Untuk melihat gambar yang lebih jelas sila 

Cepat sungguh masa berlalu dan dah tiba masa untuk pulang ke Tanah Besar dan kembali kepada rutin asal, kembali merempuh jem berjam-jam. Terlalu besar jurang perbezaan diantara Pulau dan Bandar.



Semoga kita di Murahkan Rezeki dan dapat kita berkumpul dan diving bersama-sama lagi seperti ini.




0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us