:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Khamis, 30 Januari 2014


Jam 4 pagi dah ada orang pi jogging, biar betul? Oooooo rupanya matahari naik awal di sini, masalah jag lag pun tak habis lagi, paling kurang seminggu juga baru la dapat menyesuaikan diri dgn masa yg +-12 jam bezanya dari Malaysia. 

Untuk minggu yang pertama di Bumi Dominica ni aku dan Mat Kun tak berani nak makan apa pun, yang kami tahu makan kentang goreng bergaram dan di letak kan sos tomato hehehehe, berhari hari la jugak kami makan benda ni saja, sehingga lah kami masuk ke pasaraya, baru la tahu ada jual beras rupanya, dapat juga la makan nasi hehehehe. Bila anda keluar negara anda kena rajin sedikit membelek dan membaca label barang makanan, rupanya ayam yang dijual ada tanda halal katanya produk dari Brazil, Alhamdulillah dapat juga makan ayam ;) Makan di sini kena berhati hati sikit, ada sekali tu tuan kedai tanya nak sup tak? nasib baik tanya dulu sup apa? dia buka je tudung periuk terjenggoi lubang hidung di kuah sup tersebut, alahai terus potong selera makan. Terima kasih juga pada Millie kerana dia mengajar kami macamana nak kenal benda benda yang kita tak boleh makan. 

Kami di sini atas urusan kerja tapi bab kerja ni kita sentuh sikit sudah lah, kita cerita apa yang menarik di Dominica. Hari pertama lapur diri di office customer, meeting sikit dan terus mereka bawa kami ke warehouse dan handover warehouse tu kat kami, buka saja pintu warehouse tu YA ALLAH banyak nya barang sampai ke pintu... adusssss pitammm.... Bulan pertama tu memang teruk, siang ke site malam menyusun atur warehouse dan berlarutan berbulan juga sehingga lah datang warehouse manager dari Jamaica. 

Minggu pertama kami berjalan-jalan oleh jurupandu kalau tak salah aku namaya Montgomery (Rastaman dalam gambar) ke semua cell site di Dominica. Kebiasaanya bila orang bawa kita jalan-jalan kita mesti la belikan air atau makanan, tetapi disini sebaliknya pula, apa pun dia tak mahu sebagai balasan, agak terkejut juga kami dibuatnya. 

kenderaan aku di sini Suzuki Vitara dalam perjalanan mendaki bukit yang berbatu-batu, local staff kata orang Malaysia gila sebab naik dgn kereta ke site ini.

Bergambar sebelum mendaki ke site

Begini lah keadaan jalan mendaki ke site, naik kurang ngeri nya, bila turun sangat lah mengerikan sebab kereta mengelongsor bersama batu batu fuhhhhh... patut lah local staff tu kata kami gila!


Permandangan dari site, pandang ke kanan kehijauan gunung ganang, di Dominica juga terdapat gunung berapi, alamak ni yang ngeri ni.

Pandang ke kiri pula kebiruan lautan Caribbean

Permandangan di sini memang menakjubkan dan memang cantik, negara ini sangat aman, semasa kami di sini kami diberitahu negara ini zero crime, anda boleh meninggalkan kenderaan dan rumah tanpa berkunci. Nak kenal Polis senang saja sebab dia naik kereta polis hehehe jarang nampak polis memakai full uniform. Ada satu kejadian team member kami tertinggal handphone, penduduk tempatan yang menjumpai handphone tersebut telah menalifon nombor terakhir dan minta kami datang untk mengambil handphone tersebut, kebiasanya di Malaysia bila kita jumpa barang atau orang tolong kita pasti kita menghulurkan sedikit saguhati, kami pun buat la perkara yang sama tetapi yang terjadi sebaliknya, orang tempatan itu tak mahukan apa apa pun selain ucapan Thank You.

Aku dan Mat Kun masih jag lag lagi, tapi apakan daya kami kena lawan semua itu. Dah malam, dah makan dan dah rehat kini tiba masa ke warehouse pula untuk menyusun atur barang yang berterabur dan bercampur di dalam warehouse itu. 

Ikuti sambungannya di jelajah Dominica 2006 - Dominica Part 1 , Dominica Part 2 & Dominica Part 3


2 ulasan:

  1. wow gila punya ceritta and photos yang sgt menarik...seram bulu roma aku ....hooooiiiiii aku

    BalasPadam
  2. seram bulu roma kat atas bukit tu ka?? berlari kita atas bukit tu hehehehe

    BalasPadam

A call-to-action text Contact us