:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Khamis, 6 November 2014


ANGGOTA penyelam Jabatan Perikanan Sarawak yang cedera diberikan bantuan perubatan. - Foto NSTP

MUKAH: Tiga anggota penyelam Jabatan Perikanan Sarawak mengalami kecederaan parah apabila perahu nelayan yang dinaiki tiba-tiba meletup kira-kira jam 9 pagi tadi.

ANGGOTA penyelam Jabatan Perikanan Sarawak yang cedera diberikan bantuan perubatan. - Foto NSTP

Insiden membabitkan letupan daripada bahagian belakang perahu yang sedang dalam perjalanan meletakkan tukun di dasar laut berkenaan berlaku di lebih 12 batu nautika dari Kuala Mukah sekali gus mengakibatkan tiga daripada enam penumpangnya mengalami kecederaan parah.


Mangsa mengalami kecederaan di dada dan patah kaki dikenali sebagai Azman Osman, 45, Wan Morni Wan Ibrahim, 52, dan Iskandar Ismail, 37, dibawa ke Hospital Daerah Mukah untuk rawatan lanjut.

ANGGOTA penyelam Jabatan Perikanan Sarawak yang cedera diberikan bantuan perubatan. - Foto NSTP

Menurut juragan, Muhd Airul Hipani, 21, berkata tiga buah perahu nelayan berlepas ke lautan pada jam 7 pagi tadi dari Mukah, sebelum sebuah perahu yang berada di tengah-tengah tiba-tiba meletup dan mengakibatkan kecederaan pada penumpang. -bharian

0 comments:

Catat Ulasan

A call-to-action text Contact us