:::: MENU ::::
  • Suitable for all screen sizes

  • Easy to Customize

  • Customizable fonts.

Khamis, 11 September 2014

Sekali lagi saya menghilang untuk jangka masa yang lama kerana terlalu sibuk dengan Underwater World, semakin monsoon menghampiri, semakin sibuk la pulau pulau di pantai timur semenanjung, saya adalah antara yang terlibat dalam kesibukan sebelum monsoon tahun ini.

Tenggol ada lah tempat yang menjadi kegemaran saya kerana kaya dengan hidupan macro, yang paling menarik perhatian ada pelbagai spesis Nudibranch. 


Kali ini saya nak memperkenalkan sahabat baru saya, selalunya saya kenalkan yang kecik kecik tetapi kali ini saya nak kenalkan yang besar pula iaitu Whale Shark :) 


Setiap tahun Tenggol juga menjadi tempat singgah untuk whale shark, InsyaAllah dalam bulan Julai Ogos dan September mungkin kita akan dapat berjumpa dengan Whale Shark ini. 



Gambar gambar di atas di ambil pada 7/8/2014 untuk pertama kali untuk tahun ini saya berjumpa dengan sahabat besar saya ini. Sehingga hari ini saya masih lagi mengharap untuk terus berjumpa dengan sahabat besar ini, InsyaAllah masih ada lagi beberapa trip untuk saya ke Pulau Tenggol. 

Tips untuk anda yang berminat untuk datang ke sini, Pulau Tenggol tidak sama macam pulau pulau lain yang ada boleh datang sesuka hati, semuanya mesti di tempah terlebih dahulu. Tiada bilik backpackers dan tiada kedai makan. Walaupun anda sudah membuat tempahan tetapi tidak membuat bayaran pendahuluan, tempahan itu mungkin boleh berpindah tangan. Tempat disini adalah terhad. Jadi, jika anda berminat sila Booking dan Deposit, sangat penting ;)

A call-to-action text Contact us